Journal 26/1/2017

Hari ini merupakan hari pertama saya menulis journal kerana semester ini ada yang pertama sekali bahasa melayu diajar oleh cikgu mior. Saya pulang ke rumah pada pukul 4 petang untuk cuti tahun baru cina.

Trafik di jalan raya sangat teruk, kesesatan kereta-kereta yang hendak balik kampung berterusan seperti arus sungai. Saya tidur dalam perjalanan balik rumah kerana terlalu penat mengangkut barang-barang ke kereta di asrama perempuan tadi sebelum bertolak balik Ipoh, Perak.

Sebelum bertolak pulang ke rumah, saya telah menyertai perjumpaan persatuan bulan sabit merah di dewan makan. Saya berasa amat bersyukur kerana mendapat jawatan yang agak tinggi sebagai naib setiausaha. Dalam hati saya, saya telah berjanji dengan diri sendiri supaya membuat yang terbaik salam semua aktiviti.

Selepas 3 jam setengah, saya dan ayah saya pun dah tiba di rumah. Kami berehat sebentar terus mandi di tandas untuk menghilangkan perasaan penat. Setelah habis mandi, kami pun makan malam sekeluarga di rumah.

Pada waktu malam, saya membuat kerja sekolah yang sangat banyak sehingga membebankan. Sekarang, saya bersedia untuk tidur dan kerana telah waktu tengah malam.

Saya berdoa supaya saya sekeluarga sentiasa bersama dan sihat walafiat.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini