Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2017
Journal 28/2/2017 -Selasa- Pada awal pagi ini, saya bangun lambat untuk persediaan pergi sekolah kerana saya tidur lambat semalam. Hari ini saya berasa sangat takut kerana peperiksaan akan berlangsung pada minggu depan. Tambahan pula, saya sangat malas dan tidak menelaah pelajaran lagi. Apabila kelas pagi ini, saya mengetahui bahawa semua bahan yang saya baca susah untuk difahami. Pada tengah hari, saya sangat letih dan tidur di dalam bilik tetapi dihalau oleh fellow untuk keluar dari asrama pada pukul 1.45 tengah hari. Geramnya, nak tiduršŸ˜­. Asrama lelaki baiknya, tak kunci dan boleh tidur sesuka hati. Saya nak jugakkkkkk. Pada petang tadi, saya ada kelas perancis dengan dr suzi. Dr Suzi memberitahu kami tarikh peperiksaan ditunda, perkara ini amat menggembirakan tetapi harus dipastikan lagi. Saya berharap peperiksaan tunda kerana saya tidak bersedia siap lagi. Pada waktu malam, saya makan malam dan pergi prep seperti biasa. Akhirnya tidur lambat juga.
Jurnal 27/2/2017 -Isnin- Semalam tidur pada pukul 3 lebih. Oleh sebab tidur lambat, saya bangun lambat pada pagi ini. Saya bangun pada pukul 7.48, saya menggunakan cara yang paling cepat untuk bersiap sedia supaya tidak lambat ke perhimpunan. Masa perhimpunan, saya dan nat membuat laporan tentang kedua-dua pertandingan research kami serta menjemput dr rorlinda untuk menyampaikan anugerah kepada kami. Kami mendapat pingat perak dalam MAGIS ( Malaysia Agriculture Invention Show) dan pingat emas dengan anugerah terbaik dalam MTE ( Malaysia Technology Expo). Selepas itu, saya belajar di kelas dan makan tengah hari macam biasa. Pada waktu malam, saya pergi prep dan makan malam seperti biasa. Selamat malam.
LATIHAN PERIBAHASA LATIHAN 1 1.         Tidak tahu menilai barang berharga 2.         Disebabkan seorang berbuat keburukan, nama kumpulan menjadi buruk 3.         mengharapkan sesuatu yang belum pasti. 4.         cuba menegakkan sesuatu yang salah atau tidak benar 5.         dalam keadaan berbahaya. 6.         orang berilmu yang merendah diri tidak akan hilang ilmunya. 7.         mendapat keuntungan yang banyak secara tiba-tiba 8.         mendapat kesusahan kerana tamak akan harta benda. 9.         pergaduhan di antara adik-beradik tidak akan berpanjangan tetapi akan berbaik semula 10.     kasih-sayang yang tidak berkekalan LATIHAN 2...
LATIHAN CAKAP AJUK CAKAP PINDAH LATIHAN 1 Salleh bertanya kepada Ani tentang rancangannya itu. Ani meminta kepastian tentang rancangan yang dimaksudkan oleh Salleh. Seterusnya Salleh menjelaskan bahawa yang dimaksudkannya itu berhubung dengan rancangan Ani mendaki gunung yang diperkatakannya suatu hari dahulu. Ani menjelaskan bahawa rancangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat pada hari Sabtu akan datang. Salleh memuji dan sangat bersetuju dengan rancangan Ani itu/ dan menyokongnya. Ani tersenyum puas/ bangga atas sokongan kawan karibnya itu. LATIHAN 2 Ani mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sesiapa dan keseorangan. Tuk Yahya menjelaskan bahawa Ani tidak boleh tinggal di sanan kerana tempat itu bahaya sambil meneliti mata belolok Ani. Ani merengek lagi dengan mengatakan bahawa tidak mempunyai sesiapa. Tuk Yahya mengiyakan hal tersebut .Ani hampir meraung apabil memberitahu Tuk Yahya bahawa dia tidak mahu tinggal di rumah itu lagi kerana khuatir bom akan jatuh lagi di sit...
Jurnal 26/2/2017 Hari ini hari Ahad, saya bangun sangat lambat walaupun jam loceng telefon bimbit telah berbunyi beribu-ribu kali. Saya berasa bosan seseorang di dalam bilik asrama tanpa rakan sebilik saya. Rakan sebilik telah pulang rumah jumaat malam tadi dan pulang petang hari ini. Saya sangat malas sehingga tidak mahu berpisah dengan katil saya. Saya berasa mengantuk semasa membaca buku. Oleh itu, saya menonton drama di atas katil dan membazirkan masa begitu sahaja. Nasib baik saya mencuci dan menyidai baju semalam. Jika tidak, saya kena buat semua benda hari ini. Pada petang tadi, rakan baik saya yang saya tak nak menyebut nama dia datang bilik saya untuk bersembang. Dia memberitahu saya banyak rahsainya, kami bosan berborak dan bermain di dalam bilik. Selepas itu, kami turun padang untuk menyaksikan permainan bola keranjang. Pada malam tadi, saya pergi prep di kelas. Kelas sangat bising, oleh itu saya tidak dapat membaca apa-apa pun. Akhirnya, saya pun malas dan tidur.
Journal 23/2/2017 Saya bangun pada jam 7.15 pagi pada hari ini. Selepas persiapan diri seperti menggosok gigi dan menukar baju, saya turun ke dewan makan lebih kurang pada jam 7.30 pagi untuk sarapan pagi. Pada pukul 7.40 pagi, saya bergerak ke belakang dewan serbaguna untuk perhimpunan pagi kerana dewan serbaguna sedang diguna. Selepas perhimpunan pagi, kami bergerak ke makmal Fizik pada jam 7.55 pagi untuk kelas Fizik. Hari ini, kami membuat latihan ulang kaji untuk peperiksaan akan datang, pada 10 November, hanya seminggu lagi. Kelas seterusnya adalah prep.   Pada jam 10.00 pagi, saya pergi ke kafeteria untuk minum pagi. Saya membeli ayam goreng dan air minuman yang berjumlah RM 5.50 dan saya bergerak ke kelas seterusnya pada jam 10.25 pagi, iaitu kelas Matematik.  Kami membuat latihan yang terdapat dalam buku Big Ideas yang berwarna merah jambu. Selama dua jam ini, saya dan komari berjaya menghabiskan semua latihan dan menghantar latihan tersebut sebelum bergerak ke dewan...
Journal 21/2/2017 Saya bangun pada pukul 7.30 pagi pada hari ini. Selepas mandi, menggosok gigi dan menukar baju, saya turun ke dewan makan untuk sarapan pagi. Saya makan roti dan segelas Milo. Selepas itu, saya pergi ke dewan serbaguna seperti biasa untuk perhimpunan pagi.   Kelas pertama pada hari ini ialah Jatidiri di bilik majlis. Hari ini, cikgu mengambil cuti untuk menjaga anaknya yang sakit. Guru penggantian meminta kami melukis tentang cita-cita kami. Kelas tamat pada pukul 9.00 pagi. Selepas itu, kami pergi ke kelas Bahasa Inggeris yang sebelah kelas  prep  kami. Hari ini, semua cikgu ada mesyuarat. Jadi, kami duduk di kelas dan membaca novel yang telah disediakan di rak buku.   Pada jam 10.00 pagi, saya dan rakan sekelas pergi dewan makan untuk minum pagi.   Pada pukul 11.30 pagi, kami pergi ke makmal Fizik untuk kelas Fizik. Cikgu memberikan kami tugasan laporan makmal yang perlu dihantar pada hari Jumaat. Selepas itu, kami bergerak ke dewan m...
Imej
19/2/2017 -Ahad- Hari ini saya berasa sangat letih kerana semalam baru habis mte (Malaysia Technology Exhibition) di PWTC. Saya tidur sepanjang hari. Saya juga berasa sangat gembira kerana mendapat pingat emas dan anugerah terbaik dala Mte semalam. Saya berasa stress jugak dengan program tahun baru cina yang akan datang. Saya bertugas untuk semua persembahan pada hari itu. Oleh itu, saya pergi bilik gerakan untuk mengawal junior asas 1 untuk berlatih supaya mereka dapat membuat persembahan yang terbaik pada hari itu. Selepas itu, saya tidak sihat kerana tidak mendapat rehat atau tidur yang mencukupi. Saya demam dan selesema kerana tidak sihat. Saya sangat gembira kerana saya menerima banyak hadiah pada hari kelahiran saya iaitu semalam. Rakan sekelas saya datang ke bilik saya pada minit terakhir hari kelahiran saya untuk memberi ucapan hari lahir. Saya menangis kerana berasa sangat terharu. Afif berteman saya berjalan-jalan di Sunway Putra Mall dan membeli hadiah hari jadi saya. Say...
Journal 18/02/17 -Sabtu-  Hari ini adalah hari yang istimewa untuk saya kerana saya dihahir pada tarikh hari ini 14 tahun lepas. Hari ini hari kelahiran saya. Saya berasa sangat gembira. Hari ini juga hari terakhir bagi Malaysia Teachnoloogy Expo dan juga Malaysia Innovation Youth Competition 2017. Hadiah terbaik saya adalah pingat emas dan anugerah terbaik yang group kami dapat dalam majlis anugerah MTE 2017 semalam. Hari ini tidak mempunyai pengunjung pameran yang banyak. Oleh itu, saya dan Afif berjalan ke Sunway Putra Mall yang merupakan di tepi PWTC (Putra World Trading Centre) untuk makan tengah hari kerana kami belum makan apa-apa lagi. Kami makan char kuey teow di food court Sunway Putra Mall.Selepas itu, saya ingin membeli satu hadiah untuk diri sendiri. Oleh itu, kmai berdua mengunjung ke kedai Kaison dan membeli satu polar bear soft doll. Tetap[i itu dibelanja oleh afif. Selain itu, saya juga membeli bunga palsu untuk kegunaan Program Tahun baru Cina. Selepas itu, kami...
Imej
Journal 15/2/2017 -Rabu- Pada hari ini, saya mempunyai banyak kerja di sekolah dan merupakan satu hari yang amat sibuk untuk saya. Saya amat letih tetapi saya sangat menantikan saat saat untuk pergi ke PWTC pada petang nanti. Saya telah menyertai pertandingan MTE (Malaysia Technology Exhibition) 2017 dan pertandingan ini akan bermula pada 16 hingga 18 Februari. Oleh itu, saya pergi PWTC sehari sebelum pertandingan untuk menyediakan booth saya di PWTC (Putra World Trade Centre). Saya dengan Nat telah membawa semua barang ke dewan itu untuk menambahbaikkan booth itu supaya booth itu cantik. Saya membawa ivan dan kai yang untuk pergi menolong kami dua perempuan ini untuk set up booth. Kami menampalkan poster dan menyediakan prototype di booth di dewan PWTC. Saya amat bersyukur mendapat bantuan daripada dua orang kawan ini. Saya membuat persediaan yang penuh pada malam ini untuk menghadapi pertandingan esok.
Latihan Bahasa Melayu - Cakap Ajuk Cakap Pindah Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah. Latihan 1 “ Bagaimana dengan rancangan awak ? “ tanya Salleh. “ Rancangan apa? “ jawab Ani. “ Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, “ kata Salleh. “ Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. “ jelas Ani. “ Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! “ Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu Salleh bertanyakan tentang rancangan mendaki gunung yang diceritakan oleh Ani pada tempoh hari. Ani menjelaskan bahawa rancangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat pada Sabtu hadapan. Salleh memuji dan menyokong rancangan tersebut. Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu. Latihan 2 “Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.......” “Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya,” kata Tuk Yahya sambil meneliti mata belolok anak itu. “Ani tak ada sapa-sapa,” rengek A...

JOURNAL (3/2/2017)

JOURNAL (3/2/2017)    Saya bangun pada jam 7.30 pagi pada hari ini. Selepas persiapan diri seperti mengosok gigi dan menukar baju, saya turun ke dewan makan lebih kurang pada jam 7.30 pagi untuk makan pagi. Selepas itu, saya pergi ke dewan serbaguna pada jam 7.45 pagi untuk perhimpunan harian. Perhimpunan tersebut tamat pada jam 8.00 pagi dan kita bergerak ke kelas pertama untuk hari itu, iaitu SC di bilik gerakan pelajar dan seterusnya, ke kelas Biologi pada jam 8.40 pagi. Kelas seteursnya adalah kelas Kimia di makmal kimia. Selepas rehat pada jam 10.00, kita bergerak ke kelas Fizik pada11.10 pagi dan Muzik pada 11.50 pagi.   Selepas makan tengah hari di dewan makan, saya balik ke bilik saya untuk berehat, mandi dan membuat kerja rumah. Saya makan malam pada jam 6.45 petang dan pergi ke bilik gerakan pelajar untuk slot moral pada jam 7.25 petang dan seterusnya, prep pada jam 8.00 hingga jam 10.00 malam. Sebelum balik ke bilik untuk tidur malam, saya pergi ke ...
Journal 1/2/2017 Rabu Hari ini hari pertama pergi kelas selepas cuti tahun baru cina. Saya bangun lambat ke perhimpunan  kerana tidur lambat semalam. Saya membersihkan diri dan memakai baju formal bagi kelas. Saya tidak sempat untuk bersarapan. Saya memakai baju baharu pergi ke kelas untuk belajar. Semasa cuti tahun baru cina, ibu saya telah membawa saya ke kedai H&M untuk membeli-belah baju baharu. Saya pergi ke makmal kimia untuk kelas kimia. Pada pukul 10.00, saya pergi ke dewan makan dengan kelas saya untuk minum pagi seterusnya makan tengah hari. Selepas itu, saya terpaksa keluar dari bilik untuk prep di kelas kerana pintu besar asrama akan dikunci pada waktu petang. Pada waktu petang, saya makan malam dan seterusnya supper. Saya selalu tidur lambat malam.