Journal 21/2/2017
Saya bangun pada pukul 7.30 pagi pada hari ini. Selepas mandi, menggosok gigi dan menukar baju, saya turun ke dewan makan untuk sarapan pagi. Saya makan roti dan segelas Milo. Selepas itu, saya pergi ke dewan serbaguna seperti biasa untuk perhimpunan pagi.
Kelas pertama pada hari ini ialah Jatidiri di bilik majlis. Hari ini, cikgu mengambil cuti untuk menjaga anaknya yang sakit. Guru penggantian meminta kami melukis tentang cita-cita kami. Kelas tamat pada pukul 9.00 pagi. Selepas itu, kami pergi ke kelas Bahasa Inggeris yang sebelah kelas prep kami. Hari ini, semua cikgu ada mesyuarat. Jadi, kami duduk di kelas dan membaca novel yang telah disediakan di rak buku.
Pada jam 10.00 pagi, saya dan rakan sekelas pergi dewan makan untuk minum pagi.
Pada pukul 11.30 pagi, kami pergi ke makmal Fizik untuk kelas Fizik. Cikgu memberikan kami tugasan laporan makmal yang perlu dihantar pada hari Jumaat. Selepas itu, kami bergerak ke dewan makan untuk makan tengah hari. Makanan pada hari ini ialah cop ayam dan kentang ubi yang sangat sedap. Setelah makan tengah hari, saya balik ke asrama untuk rehat.

Selepas makan malam dan mandi, kami ada kelas prep pada jam 8.00 malam sampai pukul 10.00 malam. Saya membuat kerja Kimia dan Fizik pada masa itu. Selepas kelas prep malam, pelajar moral ada kelas moral dari pukul 10.00 malam hingga pukul 11.00 malam.
Ulasan
Catat Ulasan