LATIHAN PERIBAHASA


LATIHAN 1

1.       Tidak tahu menilai barang berharga

2.       Disebabkan seorang berbuat keburukan, nama kumpulan menjadi buruk

3.       mengharapkan sesuatu yang belum pasti.

4.       cuba menegakkan sesuatu yang salah atau tidak benar

5.       dalam keadaan berbahaya.

6.       orang berilmu yang merendah diri tidak akan hilang ilmunya.

7.       mendapat keuntungan yang banyak secara tiba-tiba

8.       mendapat kesusahan kerana tamak akan harta benda.

9.       pergaduhan di antara adik-beradik tidak akan berpanjangan tetapi akan berbaik semula

10.   kasih-sayang yang tidak berkekalan

LATIHAN 2

1.       membuat pekerjaan yang sukar dan berbahaya

2.       menerima nasib malang/ kesusahan yang bertimpa-timpa/ berterusan

3.       mengutamakan orang lain daripada keluarga sendiri.

4.       dalam keadaan serba salah

5.       berbuat baik kerana sesuatu sebab yang tersembunyi

6.       orang yang tamak akan rugi

7.       telah tahu keadaan sebenar walaupun hanya melihat luarannya sahaja

8.       membuat kerja bersungguh-sungguh sehingga mendatangkan hasil

9.       membuat kerja dengan sia-sia

10.   kesalahan orang lain yang sedikit kita nampak tetapi kesalahan kita sendiri yang besar kita tidak nampak

LATIHAN 3

1.       di mana ada punca rezeki/ keramaian, di situlah orang ramai berkumpul

2.       pembangunan yang tumbuh dengan pesat

3.       usaha gigih yang berterusan

4.       mempunyai wajah yang serupa

5.       mendidik anak biarlah sejak mereka masih kecil

6.       barisan yang bengkang-bengkok

7.       mendapat kesusahan kerana tamak akan harta benda

8.       mendapat keuntungan dengan banyak

9.       dua orang yang rapat bergaul tetapi mempunyai cita-cita yang berbeza

10.   mendengar sesuatu keuntungan yang belum pasti, apa yang telah ada dibuang/ ditinggalkan

 
LATIHAN 4

1.       Ada udang di sebalik batu / Seperti menanam tebu di tepi bibir

2.       Biduk berlalu kiambang bertaut

3.       Bagai itik pulang petang

4.       Meriam buluh

5.       Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia tak dapat ditutup

6.       kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

7.       Belakang parang jika diasah lagikan tajam

8.       Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga

9.       Bagai ikan pulang ke lubuk

10.   Mencurah air ke daun keladi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini