Latihan Bahasa Melayu - Cakap Ajuk Cakap Pindah

Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.

Latihan 1

“ Bagaimana dengan rancangan awak ? “ tanya Salleh. “ Rancangan apa? “ jawab Ani. “ Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, “ kata Salleh. “ Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. “ jelas Ani. “ Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! “ Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu

Salleh bertanyakan tentang rancangan mendaki gunung yang diceritakan oleh Ani pada tempoh hari. Ani menjelaskan bahawa rancangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat pada Sabtu hadapan. Salleh memuji dan menyokong rancangan tersebut. Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu.

Latihan 2

“Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.......” “Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya,” kata Tuk Yahya sambil meneliti mata belolok anak itu. “Ani tak ada sapa-sapa,” rengek Ani lagi. “Ya, Tuk Yahya tahu.........” “Ani tak mahu tinggal di rumah lagi.Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk tak ada”,jelas anak itu hampir meraung. “Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot,” pujuk Tuk Yahya

Ani mengadu kepada Tuk Yahya bahawa dia tiada siapa-siapa dan keseorangan. Tuk Yahya menasihati Ani bahawa dia tidak boleh tinggal disini kerana bahaya sambil meneliti mata belolok anak itu.Ani merengek lagi dengan mengatakan dia tiada siapa-siapa. Tuk Yahya mengiakan apa yang diperkatakan. Ani menjelaskan sambil merengek bahawa dia tidak mahu berada di rumah lagi kerana risau akan bom jatuh ke rumahnya. Tuk Yahya memujuk Ani dengan menyakinkan bahawa Ani ada Tuk Yahya dan comot.

Latihan 3

“Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja?” tanya Nizam. “Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang masih belum saya bayar,” beritahu Salim dengan perasaan sayu. “Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan duit tersebut untuk membayar yuran?” tanya Nizam dengan perasaan hairan. “Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini,” jelas Salim. “Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan jelaskan perkara yang sebenarnya,” kata Nizam. “Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat,” kata Salim......

Salim menanyakan Nizam sebab dia kelihatan muram. Salim memberitahu dengan perasaan sayu bahawa Cikgu Khairul bertanyakan kepadanya tentang yuran peperiksaan yang masih belum dibayar olehnya pada pagi tadi.Nizam bertanya kembali dengan perasaan hairan kerana Salim mendapat biasiswa tetapi duit tersebut tidak digunakan untuk membayar yuran. Salim menjelaskan duit biasiswa itu telah digunakan untuk perbelanjaan rawatan abangnya yang telah dimasukkan ke hospital baru-baru ini. Nizam mencadangkan agar Salim berjumpa dengan Cikgu Khairul dan menjelaskan perkara yang sebenar. Namun begitu, Salim berasa takut kerana sikap Cikgu Khairul yang sangat garang.

Latihan 4

MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ? FELIX : Mi Pedas. MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ? FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas. MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah? FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia

Mawi menanyakan Felix berkenaan nama mi yang sedap itu. Felix menjawab nama mi tersebut ialah Mi Pedas. Mawi bersetuju bahawa rasa mi tersebut memang pedas namun bertanyakan sekali lagi nama mi tersebut dan Felix menyakinkan mi itu bernama Mi Pedas.Mawi baru memahami penjelasan Felix dan menyindirnya dengan berkata bahawa Felix masuk ke kedai itu hanya untuk menikmati Mi Pedas. Felix mengiakan kerana dia telah berjanji untuk membelanja Mawi Mi Pedas itu.

Latihan 5

Norhayati ......: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam? Norasyikin.... : Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah. Norhayati ......: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita ...........................tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan? Norsyikin ......: Sebenarnya ibu Syikin sakit
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

Norhayati bertanyakan kepada Norasyikin sebab dia tidak datang ke sekolah semalam. Norasyikin meminta maaf kerana dia ada hal di rumah. Norhayati bertanyakan tentang halnya dan meminta Norasyikin menceritakan kepadanya kerana dia mahu membantu rakannya menanggung kesusahan sebab mereka telah lama berkawan. Norasyikin menjelaskan kepada Norhayati bahawa ibunya sakit.

Latihan 1

Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu.

”Negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi” kata Kamariah kepada Aziz dan Samad
“ Betul, saya sokong pendapat kamu. Malaysia mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah.” Kata Samad.
“Walau bagaimanapun, saya berasa hairan kerana masih terdapat ramai orang yang masih suka melancong ke luar negara seperti Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.” Jelas Aziz.
“Saya rasa perkara ini berlaku akibat kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri” kata Samad.
Aziz bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Samad.
“Saya rasa pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberikan potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat pelancongan mereka.”cadang Kamariah.
“Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia juga perlu sedar tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam di dalam diri” jelas Samad.
“ya, betul tu” sokong Kamariah dan Aziz.

Latihan 2:
Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu dalam keadaan tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop mengatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Limah mencadangkan agar suaminya makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja kerana dia takut suaminya akan berasa lapar . Pak Usop memberitahu ii itsterinya bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu. Mak Limah bertanya cara suaminya hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya dia berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.

Mak Limah : Abang tergesa-gesa ni hendak pergi mana?
Pak Usop : Saya hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju.
Mak Limah : Marilah makan nasi dahulu sebelum ke perjumpaan. Lapar nanti.
Pak Usop : Sebenarnya, saya nak letak jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu.
Mak Limah : Bagaimana awak nak dapat kerja jika berhenti nanti?
Pak Usop : Nanti saya hendak mohon pinjaman dari pihak MARA untuk membeli bas.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini