Jurnal 27/2/2017
-Isnin-

Semalam tidur pada pukul 3 lebih. Oleh sebab tidur lambat, saya bangun lambat pada pagi ini. Saya bangun pada pukul 7.48, saya menggunakan cara yang paling cepat untuk bersiap sedia supaya tidak lambat ke perhimpunan. Masa perhimpunan, saya dan nat membuat laporan tentang kedua-dua pertandingan research kami serta menjemput dr rorlinda untuk menyampaikan anugerah kepada kami. Kami mendapat pingat perak dalam MAGIS ( Malaysia Agriculture Invention Show) dan pingat emas dengan anugerah terbaik dalam MTE ( Malaysia Technology Expo). Selepas itu, saya belajar di kelas dan makan tengah hari macam biasa. Pada waktu malam, saya pergi prep dan makan malam seperti biasa.

Selamat malam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini