Jurnal 26/2/2017

Hari ini hari Ahad, saya bangun sangat lambat walaupun jam loceng telefon bimbit telah berbunyi beribu-ribu kali. Saya berasa bosan seseorang di dalam bilik asrama tanpa rakan sebilik saya. Rakan sebilik telah pulang rumah jumaat malam tadi dan pulang petang hari ini. Saya sangat malas sehingga tidak mahu berpisah dengan katil saya.

Saya berasa mengantuk semasa membaca buku. Oleh itu, saya menonton drama di atas katil dan membazirkan masa begitu sahaja. Nasib baik saya mencuci dan menyidai baju semalam. Jika tidak, saya kena buat semua benda hari ini.

Pada petang tadi, rakan baik saya yang saya tak nak menyebut nama dia datang bilik saya untuk bersembang. Dia memberitahu saya banyak rahsainya, kami bosan berborak dan bermain di dalam bilik. Selepas itu, kami turun padang untuk menyaksikan permainan bola keranjang.

Pada malam tadi, saya pergi prep di kelas. Kelas sangat bising, oleh itu saya tidak dapat membaca apa-apa pun. Akhirnya, saya pun malas dan tidur.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini