Journal 24/3/2017 Jumaat Hari ini adalah hari kedua terakhir cuti sekolah bulan tiga ini. Saya kena pulang ke sekolah pada lusa iaitu hari ahad yang akan datang ini. Saya berasa amat sedih kerana cuti sekolah hampir habis. Pada waktu petang tadi, ayah saya membawa saya ke klinik pergigian di pusat bandaraya Ipoh. Doktor gigi memeriksa gigi saya dan mencuci gigi yang dengan alat yang tertentu. Semasa mencuci gigi, saya beras perit dan sakit kerana alat itu melukakan mulut saya. Oleh itu, mulut saya banyak berdarah. Gigi saya sentiasa dijaga dengan baik, saya menggosok gigi dan menjaga kebersihan serta kesihatan gigi. Saya berasa sangat bersyukur apabila doktor kata gigi saya sihat dan tidak kotor. Gigi adik saya tidak teratur dan amat serabut. Oleh sebab itu, dia kena memakai pendakap gigi yang sangat mahal itu. Ayah saya mempunyai dua gigi yang rosak. Ayah saya tidak menjaga giginya dengan baik-baik. Pada waktu malam, saya mengikut ibu saya ke pasaraya untuk membeli makanan untuk me...
Catatan
Tunjukkan catatan dari Mac, 2017
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Journal 20/3/2017 -Isnin- Ibu dan ayah saya membawa saya pergi ke Zoo Taiping pada tengah hari ini. Kami bertolak dari Ipoh dan tiba di destinasi selepas 45 minits. Sebelum bergerak ke zoo, kami singgah di pasar Taiping untuk membeli kuih-muih yang terkenal. Sepanjang perjalanan, saya ternampak banyak bangunan yang bersejarah lama dengan seni bina barat. Dengan perasaan yang gembira, kami akhirnya tiba di zoo Taiping. Kali ini merupakan kali kedua saya melawat zoo. Kali pertama saya melawat ke zoo adalah semasa saya kecil. Kami masuk zoo selepas membeli tiket. Zoo itu telah lama dibuka dan persekitarannya dinampak sangat lama dan kotor. Saya nampak pelbagai jenis haiwan kecuali harimau. Banyak haiwan tersorok di tempat tidur masing-masing kerana malas untuk melayan pengunjung yang ramai ini. Banyak buaya dipelihara di zoo itu. Saya juga nampak banyak monyet dan orang utan. Orang utan itu sangat malas dan tidak bergerak-gerak walaupun dipanggil oleh orang pelihara itu. Selain itu, sa...
Journal 18/3/2017
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Journal 18/3/2017 Sabtu Pada hari sabtu yang merupakan hari pertama cuti sekolah penggal 1 tabun ini, pusat permata pintar negara telah menganjurkan hari anugerah kecemerlangan pelajar tahunan. Saya ialah salah seorang pelajar yang terlibat dalam mendapat anugerah akademik. Ibu bapa dan adik perempuan saya turut datang ke sekolah saya untuk menyertai mesyuarat agong persatuan muafakat dan majlis anugerah pelajar. Selepas mesyuarat agong persatuan muafakat ibu bapa, semua pelajar diminta untuk masuk ke Dewan bagi memulakan majlis anugerah. Alhamdullilah, saya amat bersyukur dan gembira kerana dapat menerima empat anugerah melalui kebolehan diri sendiri. Saya telah berjaya mendapat anugerah subjek terbaik bahasa melayu, biologi dan kimia serta anugerah pengarah dengan cgpa 3.77. Saya sangat girang apabila mendapat anugerah daripada prof dr Noriah. Banyak gambar diambil sebagai kenangan. Selepas majlis anugerah, saya mengemas barang dan mengangkut ke kereta. Seterusnya, kami b...
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Journal 14-17/3/2017 Tiga hari peperiksaan pertama kali 2017 Peperiksaan ini ialah peperiksaan pertama yang diadakan dalam tahun ini. Ini adalah peperiksaan semester 1 pada tahun ini. Peperiksaan kali ini amat berbeza dengan peperiksaan yang telah diadakan pada tahun lepas. Dalam peperiksaan dahulu, tempoh peperiksaan diadakan akan mencecah dua minggu dan setiap hari hanya mempunyai dua kertas periksa. Sebaliknya untuk kali ini, oleh sebab masa yang diberi suntuk dan kena serentak dengan permata insan, kami terpaksa memendekkan tempoh peperiksaan. Untuk kali ini, kami mengambil peperiksaan selama tiga hari sahaja. Perkara yang menyusahkan kami ialah sehari kena mengambil kertas tiga subjek berturut-turut. Kertas bahasa melayu, fizik dan sejarah diadakan pada hari pertama, mengikut dengan kertas biologi, bahasa inggeris, pendidikan moral, kimia, bahasa perancis, matematik dan falsafah. Ini amat menyusahkan kerana kami tidak dapat berehat dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk meng...
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Journal 11/3/2017 -Sabtu- Hari ini saya bangun sangat lambat kerana tidur pada pukul 6 pagi. Hari ini merupakan hari ketiga sebelum tarikh peperiksaan. Saya berasa amat geram dan stress dengan peperiksaan yang menjelang ini. Oleh sebab fikiran yang rumit, saya ingin berehat sekejap untuk mengekalkan ketenangan dan kedamaian fikiran saya. Saya tidak pergi outing sepanjang tahun ini. Minggu depan ialah peperiksaan pertama bagi tahun ini. Saya telah melalui empat kali peperiksaan di sekolah ini pada tahun lepas, saya telah mengetahui semua perkara yang perlu diikuti semasa peperiksaan. Kali ini tarikh peperiksaan ditunda erana kami perlu menjalankan peperiksaan selaras dengan murid permata insan. Selepas peperiksaan seminggu ini, sekolah akan menganjurkan hari anugerah pada hari sabtu sebelum cuti sekolah semester ini. IBu Bapa saya juga berjanji akan datang menyertai hari anugerah saya. Oleh sebab itu, saya berasa sangat gembira. Saya baring di atas katil saya sepanjang hari dengan ...
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Journal 10/3/2017 -Jumaat- Pada pagi ini, saya bangun awal untuk menyediakan diri menyertai satu ceramah daripada CEO Maybank. Tajuk ceramah beliau ialah Be a Global Leader. Saya dan rakan sebilik saya pergi ke auditorium pada pukul 8 pagi. Kami menuggu sekejap di luar auditorium kerana pintu besar belum dibuka dan pelajar belum dibenarkan masuk. Saya masuk dan mencari satu tempat untuk duduk. Selepas itu, saya membaca nota sejarah sementara menunggu kedatangan puan Nora iaitu CEO Maybank. Selepas satu jam, akhirnya kami menyambut ketibaan VIP dan menyanyi lagu negaraku dan varsiti kita. Seterusnya, timbalan chancellor perindustrian dan komunikasi, Prof. Dato Dr Imran Ho Abdullah memberi ucapan perasmian dan serba sikit maklumat tentang penceramah nanti. Kemudian, Puan Nora memulakan ceramah beliau dengan bertanya kami beberapa soalan. Yang dapat menjawab akan mendapat peluang pergi berlatih di pejabat Maybank ataupun satu kupon Starbucks. Banyak orang aktif dalam menjawab soala...
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Journal 9/3/2017 -Khamis- Hari ini adalah hari keempat sehingga peperiksaan. Saya amat geram dengan tarikh peperiksaan yang sangat dekat. Saya takut peperiksaan kerana tidak membuat persediaan yang sepenuhnya. Pada awal pagi ini, saya berasa sangat gembira kerana tidak ada perhimpunan pada pagi ini. Oleh itu, saya bangun lambat daripada biasa dan terus pergi kelas pada pukul 8 pagi. Saya tak ada kelas pada pukul 8 pagi kerana rakan sekelas saya yang lain mempunyai kelas pendidikan agama islam. Oleh itu, saya menggunakan masa yang terluang ini untuk mencetakkan kerja sekolah saya dari komputer di makmal komputer. Saya berasa sangat gembira kerana dapat menyiapkan semua kerja sekolah selepas cetakan. Saya menghantarkan kerja sekolah perkembangan diri kepada cikgu dan perdagangan kepada cikgu hafizah. kami pergi kelas bahasa melayu di makmal bahasa tetapi cikgu tidak ada di situ. Kami pun berborak-borak dan membuat kerja di luar makmal bahasa. Selepas itu, kami pergi kelas falsafah...
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
8/3/2017 -Rabu- Pada awal pagi ini, saya bangun lambat dan tidak makan sarapan. Pagi ini hujan turun juga, saya pergi ke perhimpunan di dewan serba guna. Saya berasa sangat sedih, mengantuk dan sangat letih kerana tidur sangat lambat semalam. Selepas perhimpunan saya pergi ke kelas di blok pembelajaran. Kelas pertama adalah kelas bahasa Inggeris. Kelas ini diadakan di makmal komputer blok makmal. Cikgu masuk lambat, oleh itu saya membuat kerja sekolah saya yang lain dulu sementara menunggu madam d datang. Madam d datang dan memeriksa karangan inggeris pelajar yang belum hantar lagi. Banyak karangan rakan saya mempunyai banyak kesalahan tatabahasa seperti kesalahan ejaan atau pengimbuhan. Selepas itu, kami masuk kelas maths. Cikgu menyediakan latihan polygons dan angles tetapi latihan itu kami pernah buat tahun lepas. Oleh itu, Cikgu bagi kami solan Iq. Contohnya, Nama ibu Mrs.sixteen, nama anak sulung fifteen, nama anak bongsu fourteen. Siapakah nama ayah kelearga tersebut? Nam...
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Journal 7/3/2017 -Selasa- Saya bangun tepat pada pukul 7.30 pagi. Bagi orang lain, masa ini adalah amat lambat tetapi unutuk saya inilah masa yang sangat awal kerana merasa sangat mengantuk. Hujan turun lebat ketika itu, ramai orang tunggu di kawasan berbumbung di asrama kerana hujan lebat yang berterusan menyebabkan kesusahan untuk berjalan ke dewan serba guna untuk perhimpunan harian. Saya amat risau saya akan menjadi basah sangat jika saya berjalan di dalam hujan. Oleh itu, saya meminjam panyung rakan sebilik saya dan berlari ke dewan serba guna dengan payung tersebut. Hujan turun berturut-turut pada hari itu, saya berasa sangat sejuk berada di dalam kelas. Kami mengenai banyak kerja sekolah yang diberi oleh cikgu. Setiap kali ebelum peperiksaan di sini, mestilah bilangan kerja sekolah bertambah banyak. Oleh itu, kami selalu tidak dapat mengulang kaji pelajaran dengan sepenuhnya dan masa untuk tidur pada waktu malam semakin memperuntukkan. Oleh itu, kami selalu mengantuk di dalam...
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Journal 6/3/2017 -Isnin- Pada awal pagi ini, saya bangun pada pukul 7.37 unutk bersiap sedia hnedak pergi perhimpunan Isnin di sewan serba guna. Saya pun menyertai perhimpunan dan mendengar ucapan orang di atas pentas, saya berasa sangat letih kerana tidur lambat semalam. Saya tidur pada pukul 4 lebih semalam membuat kerja. Saya sangat mengantuk masa di dalam kelas. Selepas perhimpunan, saya mempunyai dua kelas kosong dan saya pun membuat kerja saya sendiri. Pada waktu tengah hari, saya ada satu perdangangan post test. Oleh itu, saya belajar bab kedua perdangan iaitu unsur perdangangan. Selepas saya belajar, saya berasa kabur dan nagntuk gila. OLeh sebab tidak mempunyai kelas yang kosong tertinggal saya tumbang di kelas research kelas saya untuk membuat kerja sendiri. Selepas penat membuat kerja, saya pun pergi rehat, ada kelas bahasa melayu dan perdangangan selepas waktu rehat. Saya mempunyai kelas perancis pada petang tadi, dr suzi mengajar benda dalam buku itu yang terlibat Lucil...
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Journal 5/3/2017 Ahad Tiba-tiba, saya teringat tahun ini adalah 2017, masa berlalu cepat. Saya berada di sekolah ini tahun kedua . Saya telah bersama rakan sekelas saya untuk tahun kedua ini. Hari ini birthday miejah. Kami bercadang hendak prank dia dua kali. Selepas kali itu, kami buat prank di dalam bilik miejah, kami mahu buat sekali lagi. kami sudah berbincang untuk menyimbah air warna atas baju dia. Selepas perjumpaan kelab statesman pada petang tadi, kami mengumpankan miejah ke compound perempuan dan menyimbah air warna di atas badan dia. Dia berasa sangat terkejut dengan perbuatan kami. Saya berasa lapar dan makan tengah hari. Petang itu, saya tidak membuat apa-apa pun kerana malas nak buat kerja. Oleh itu, saya lantar di atas katil dan asyik main fon sahaja.Selepas itu, saya makan malam dan prep di kelas prep saya. Selepas itu, saya balik ke bilik saya dan mendapat tahu kak anis birthday esok kerana kak anis tinggal di bilik sebelah saya. Classmate dia dan batchmate dia tela...
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Latihan Ejaan dan imbuhan Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. 1. Pengusaha ternakan ayam diminta tidak menjual ayam ternakan mereka dengan harga tinggi sesuka hati kepada pemborong ayam. 2. Pembinaan jambatan di kampung itu terbengkalai selama berapa bulan kerana masalah bekalan simen. 3. Junainah hanya mendiamkan diri apabila disindir oleh rakan setugasnya kerana dia tidak mahu membesar-besarkan cerita yang dianggap rimih itu. 4. Perompak yang sangat bahaya itu berjaya diberkas berdasarkan bukti yang ditemui oleh pihak polis. 5. Semua pelajar di sekolah itu diwajibkan melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum yang dijalankan. 6. Walaupun telah lama berada di luar negara, sikap Daud yang keanak-anakan masih tidak berubah. 7. Satu laporan lengkap tentang kejadian kemalangan yang ...
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Journal 4/3/2017 Sabtu Hari ini saya tengah cuti sakit juga, saya menghidapi selesema yang teruk dan menggunakan banyak tisu di dalam bilik asrama saya. Saya bangun lambat pagi ini dan makan roti yang dibeli di kolej keris mas sebagai sarapan saya. Selepas itu, saya tidur lagi kerana badan tidak sihat. Saya beras sangat malas unutk membaca buku. Oleh sebab saya tidak sihat, rakan sebilik saya membungkuskan makanan dari dewan makan dan membawa ke bilik untuk saya. Makanan tengah hari ini mempunyai ayam, ikan goreng dan tauke. Orang dewan makan bagi saya banyak sambal yang sangat pedas itu. Saya termakan sedikit dan berasa pedas sangat. Selepas makan, saya pun lantar di atas katil saya dan menonton drama dengan telefon bimbit saya. Saya menonton pertandingan program puisi China yang amat mengagumkan. Saya asyik menonton sehingga petang tadi. Saya pun makan malam. Malam nanti, kami nak buat prank dekat miejah yang birthday itu.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
LATIHAN PEMENGGALAN AYAT Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut. Latihan 1: Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita dan binatang-binatang liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu. Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan. Kepupusan ini berpunca daripada kegiatan manusia seperti berburu sesuka hati dan kegiatan pembangunan. Antara langkah untuk membendung kepupusan hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen kesedaran serta penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan. Latihan 2: Televisyen merupakan salah satu media sebaran am dan televisyen direka untuk memberikan manfaat kepada manusia dan manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek. Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyara...
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Journal 3/3/2017 Pada awal pagi ini, saya lambat pergi perhimpunan kerana bangun lambat. Saya dicatat nama oleh exco sahsiah iaitu, kak omi. Selepas perhimpunan, saya pergi kelas spiritual circle. Semasa kelas spiritual circle, cikgu tayangkan satu video tentang maruah diri dan hormat-menghormati dalam masyarakat sekarang yang sepanjang 16 minit lebih. Selepas itu, kami dikehendaki untuk menulis satu refleksi dan menghantar sebelum kelas tamat. Saya tidak sihat hari ini,. Ustaz Saifun membawa saya dan kak anis pergi ke pusat kesihatan ukm. Kak Anis tidak sihat kerana tekanan darah yang rendah dan stress. Saya demam, batuk, selesema, sakit tekak dan pening kepala. Doktor menasihati saya supaya minum air dan berehat banyak dan memberi saya ubat. Saya berasa tidak selesa duduk membuat kerja, ubat saya menjadikan saya sentiasa mengantuk. Pada petang tadi, saya terpaksa pergi research di Pusat penyelidikan Falkuti Kejuruteraan kerana saya telah miss dua kali . Kali ini saya tidak boleh ta...
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Latihan tatabahasa & istillah 1. apakah / pertandingan 2. memperolehi / pendapatan 3. sepadan / daripada 4. atas / menggelapkan 5. menjelajah / dianjurkan oleh 6. beribu-ribu / merebak ke 7. kami pindahkan / sebaik-baik sahaja 8. paling laris / qualiti 9. syarat / menandatangani 10. penerima / dicatat 11. pendapat / hal lain-lain 12. masa / langkah 13. dibaik pulih / perhatian 14. dicatat hitam / bahaya 15. saling memotong / tahap 16. gemar / dibubuhi 17. penjenayah / bahaya 18. berbincang / strategi 19. mereka / oleh 20. menangkap / di 21. dari / biji 22. setiap / dari 23. menenun / taklimat 24. menghadap / berbagai-bagai 25. apabila / mendapat tahu 26. beribu-ribu / terpelihara 27. menjatuhi / atas 28. menghadiahi / telefon bimbit 29. sesetengah / benda 30. pengkaji / merebak 31. dengan ini 32. dari semasa ke seamasa / dijajah 33. diseru / demi 34. berkorban / daripada 35. kebanyakan peserta / di garisan penamat 36. pertandingan / beberapa 37....
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Journal 2/3/2017 Hari ini saya bangun lambat dan tidur lambat semalam seperti biasa. Pada petang ini, saya menyertai aktiviti kokurikulum, dalam persatuan bulan sabit merah, saya haruslah berkawad. Petang ini saya jumpa deengan cikgu azrina juga untuk berbincang tentang research saya bagi pertandingan itex dan fll. Oleh itu, saya telah mendapat idea yang baik untuk menyertai pertandingan. Pada malam tadi, kami meraikan hari lahir farah adila di asrama. Kami membuat prank untuk dia. Selamat hari lahir, farah!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Journal 1/3/2017 Saya bangun lambat kerana tidur lambat semalam seperti biasa. Semasa waktu persekolahan, saya menerima banyak kerja rumah. Bagi subjek inggeris, saya harus membuat plot cerita dan menulis satu karangan yang sepanjang 300 patah perkataan, Selain itu, saya mendapat kerja sekolah untuk jati diri. Saya mendapat tajuk budaya cina. Harini kami belajar tentang silang budaya. Oleh itu, saya mendapat banyak kerja sekolah. Tarikh peperiksaan telah ditunda, ini merupakan berita baik yang amat menggembirakan.