Journal 20/3/2017
-Isnin-

Ibu dan ayah saya membawa saya pergi ke Zoo Taiping pada tengah hari ini. Kami bertolak dari Ipoh dan tiba di destinasi selepas 45 minits. Sebelum bergerak ke zoo, kami singgah di pasar Taiping untuk membeli kuih-muih yang terkenal. Sepanjang perjalanan, saya ternampak banyak bangunan yang bersejarah lama dengan seni bina barat. Dengan perasaan yang gembira, kami akhirnya tiba di zoo Taiping. Kali ini merupakan kali kedua saya melawat zoo. Kali pertama saya melawat ke zoo adalah semasa saya kecil. Kami masuk zoo selepas membeli tiket. Zoo itu telah lama dibuka dan persekitarannya dinampak sangat lama dan kotor. Saya nampak pelbagai jenis haiwan kecuali harimau. Banyak haiwan tersorok di tempat tidur masing-masing kerana malas untuk melayan pengunjung yang ramai ini. Banyak buaya dipelihara di zoo itu. Saya juga nampak banyak monyet dan orang utan. Orang utan itu sangat malas dan tidak bergerak-gerak walaupun dipanggil oleh orang pelihara itu. Selain itu, saya nampak singa betina sahaja dan monyet yang mempunyai buntut yang sangat merah. Seterusnya, kami meneruskan perjalanan kami di zoo taiping. Saya terkejut apabila nampak bayak babi dipelihara di zoo negara. Monyet yang sangat nakal itu asyik menjerit dengan kuat dan menggangu ketenangan zoo taiping.

Gambar berikut adalah orang utan yang sangat sangat sangat malas itu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini