Journal 24/3/2017
Jumaat

Hari ini adalah hari kedua terakhir cuti sekolah bulan tiga ini. Saya kena pulang ke sekolah pada lusa iaitu hari ahad yang akan datang ini. Saya berasa amat sedih kerana cuti sekolah hampir habis. Pada waktu petang tadi, ayah saya membawa saya ke klinik pergigian di pusat bandaraya Ipoh. Doktor gigi memeriksa gigi saya dan mencuci gigi yang dengan alat yang tertentu. Semasa mencuci gigi, saya beras perit dan sakit kerana alat itu melukakan mulut saya. Oleh itu, mulut saya banyak berdarah. Gigi saya sentiasa dijaga dengan baik, saya menggosok gigi dan menjaga kebersihan serta kesihatan gigi. Saya berasa sangat bersyukur apabila doktor kata gigi saya sihat dan tidak kotor. Gigi adik saya tidak teratur dan amat serabut. Oleh sebab itu, dia kena memakai pendakap gigi yang sangat mahal itu. Ayah saya mempunyai dua gigi yang rosak. Ayah saya tidak menjaga giginya dengan baik-baik. Pada waktu malam, saya mengikut ibu saya ke pasaraya untuk membeli makanan untuk membawa balik ke asrama di Pusat Permatapintar negara, ukm. Saya membeli biskut dan coklat untuk dibawa balik. Selepas membuat bayaran kami pun bertolak balik ke rumah dari pasaraya. Saya meneruskan kerja sekolah saya sebaik sahaja sampai di rumah. Saya berasa amat sedih kerana kena berpisah dengan keluarga dan katil saya dalam bilik saya yang selesaini. Saya boleh tidur sesuka hati pada cuti sekolah.

Sedih..........

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini