Journal 3/3/2017

Pada awal pagi ini, saya lambat pergi perhimpunan kerana bangun lambat. Saya dicatat nama oleh exco sahsiah iaitu, kak omi. Selepas perhimpunan, saya pergi kelas spiritual circle. Semasa kelas spiritual circle, cikgu tayangkan satu video tentang maruah diri dan hormat-menghormati dalam masyarakat sekarang yang sepanjang 16 minit lebih. Selepas itu, kami dikehendaki untuk menulis satu refleksi dan menghantar sebelum kelas tamat. Saya tidak sihat hari ini,. Ustaz Saifun membawa saya dan kak anis pergi ke pusat kesihatan ukm. Kak Anis tidak sihat kerana tekanan darah yang rendah dan stress. Saya demam, batuk, selesema, sakit tekak dan pening kepala. Doktor menasihati saya supaya minum air dan berehat banyak dan memberi saya ubat. Saya berasa tidak selesa duduk membuat kerja, ubat saya menjadikan saya sentiasa mengantuk. Pada petang tadi, saya terpaksa pergi research di Pusat penyelidikan Falkuti Kejuruteraan kerana saya telah miss dua kali . Kali ini saya tidak boleh tak pergi lagi. Saya dan rakan penyelidikan saya, iaitu kishen dan hanif masuk lab untuk membuat penyelidikan tentang holograms. Kami belajar wavelength, electromagneticfield tentang light. Kami cuba menghasilkan coherent light yang mudah menggunakan helium-neon laser. Kami pulang ke pusat permatapintar negara pada pukul 6 petang. Saya berasa sangat sakit dan terus lantar di atas katil saya. Saya tidur masa yang penjang kerana sangat sakit dan letih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini