Journal 14-17/3/2017
Tiga hari peperiksaan pertama kali 2017

Peperiksaan ini ialah peperiksaan pertama yang diadakan dalam tahun ini. Ini adalah peperiksaan semester 1 pada tahun ini. Peperiksaan kali ini amat berbeza dengan peperiksaan yang telah diadakan pada tahun lepas. Dalam peperiksaan dahulu, tempoh peperiksaan diadakan akan mencecah dua minggu dan setiap hari hanya mempunyai dua kertas periksa. Sebaliknya untuk kali ini, oleh sebab masa yang diberi suntuk dan kena serentak dengan permata insan, kami terpaksa memendekkan tempoh peperiksaan. Untuk kali ini, kami mengambil peperiksaan selama tiga hari sahaja. Perkara yang menyusahkan kami ialah sehari kena mengambil kertas tiga subjek berturut-turut. Kertas bahasa melayu, fizik dan sejarah diadakan pada hari pertama, mengikut dengan kertas biologi, bahasa inggeris, pendidikan moral, kimia, bahasa perancis, matematik dan falsafah. Ini amat menyusahkan kerana kami tidak dapat berehat dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengulang kaji pelajaran. Saya tidak yakin dengan apa yang saya buat semasa peperiksaan. Saya berasa peperiksaan kali ini saya akan mendapat keputusan yang amat teruk.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini