Journal 11/3/2017
-Sabtu-

Hari ini saya bangun sangat lambat kerana tidur pada pukul 6 pagi. Hari ini merupakan hari ketiga sebelum tarikh peperiksaan. Saya berasa amat geram dan stress dengan peperiksaan yang menjelang ini. Oleh sebab fikiran yang rumit, saya ingin berehat sekejap untuk mengekalkan ketenangan dan kedamaian fikiran saya. Saya tidak pergi outing sepanjang tahun ini. Minggu depan ialah peperiksaan pertama bagi tahun ini. Saya telah melalui empat kali peperiksaan di sekolah ini pada tahun lepas, saya telah mengetahui semua perkara yang perlu diikuti semasa peperiksaan. Kali ini tarikh peperiksaan ditunda erana kami perlu menjalankan peperiksaan selaras dengan murid permata insan. Selepas peperiksaan seminggu ini, sekolah akan menganjurkan hari anugerah pada hari sabtu sebelum cuti sekolah semester ini. IBu Bapa saya juga berjanji akan datang menyertai hari anugerah saya. Oleh sebab itu, saya berasa sangat gembira. Saya baring di atas katil saya sepanjang hari dengan menggunakan telefon bimbit saya. Saya sangat malas dan sentiasa malas untuk memegang buku. Saya juga sangat menanti-nantikan saat untuk pulang ke rumah. Saya tidak suka menghadapi peperiksaan seperti setiap orang pelajar di Malaysia. Saya telah membuat satu video iklan bagi mempromosikan satu penyapu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini