Journal 9/3/2017
-Khamis-

Hari ini adalah hari keempat sehingga peperiksaan. Saya amat geram dengan tarikh peperiksaan yang sangat dekat. Saya takut peperiksaan kerana tidak membuat persediaan yang sepenuhnya. Pada awal pagi ini, saya berasa sangat gembira kerana tidak ada perhimpunan pada pagi ini. Oleh itu, saya bangun lambat daripada biasa dan terus pergi kelas pada pukul 8 pagi.

Saya tak ada kelas pada pukul 8 pagi kerana rakan sekelas saya yang lain mempunyai kelas pendidikan agama islam. Oleh itu, saya menggunakan masa yang terluang ini untuk mencetakkan kerja sekolah saya dari komputer di makmal komputer. Saya berasa sangat gembira kerana dapat menyiapkan semua kerja sekolah selepas cetakan. Saya menghantarkan kerja sekolah perkembangan diri kepada cikgu dan perdagangan kepada cikgu hafizah.

kami pergi kelas bahasa melayu di makmal bahasa tetapi cikgu tidak ada di situ. Kami pun berborak-borak dan membuat kerja di luar makmal bahasa. Selepas itu, kami pergi kelas falsafah di bilik gerakan. Tetapi cikgu sibuk dengan kertas pperiksaan kami jadi cikgu bagi kami membuat kerja sendiri. Saya membuat silang kata tentang merokok untuk menyiapkan assignment moral yang kena hantar nanti.

Saya berasa sangat stress dan letih. Saya tidur sepanjang 4 jam dan lebih kerana sangat mengantuk.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini