Journal 7/3/2017
-Selasa-

Saya bangun tepat pada pukul 7.30 pagi. Bagi orang lain, masa ini adalah amat lambat tetapi unutuk saya inilah masa yang sangat awal kerana merasa sangat mengantuk. Hujan turun lebat ketika itu, ramai orang tunggu di kawasan berbumbung di asrama kerana hujan lebat yang berterusan menyebabkan kesusahan untuk berjalan ke dewan serba guna untuk perhimpunan harian. Saya amat risau saya akan menjadi basah sangat jika saya berjalan di dalam hujan. Oleh itu, saya meminjam panyung rakan sebilik saya dan berlari ke dewan serba guna dengan payung tersebut. Hujan turun berturut-turut pada hari itu, saya berasa sangat sejuk berada di dalam kelas. Kami mengenai banyak kerja sekolah yang diberi oleh cikgu. Setiap kali ebelum peperiksaan di sini, mestilah bilangan kerja sekolah bertambah banyak. Oleh itu, kami selalu tidak dapat mengulang kaji pelajaran dengan sepenuhnya dan masa untuk tidur pada waktu malam semakin memperuntukkan. Oleh itu, kami selalu mengantuk di dalam kelas dan tidak bersemangat untuk belajar. Saya makan tengah hari dan terus tidur di dalam bilik saya. Selepas itu, saya pergi bilik dr Farhah untuk belajar Physics dan pergi menyertai taklimat peperiksaan di dewan serba guna yang ditugaskan oleh cikgu zaza dan cikgu aishah. Saya berasa amat takut dan stress kerana peperiksaan menjelang dan tidak membuat persediaan apa-apa lagi, asyik kerja sekolah yang banyak menyebabkan saya tidak mempunyai masa untuk belajar. Waktu prep akan digunakan dengan sia-sia kerana kelas sangat bising pada waktu prep dan tidak boleh membaca buku.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini