Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2017

Journal 26/4/2017

Journal 26/4/2017 Rabu Pada pagi ini, saya bangun lambat seperti biasa dan membersihkan diri sebelum pergi ke kelas. Pada awal pagi, kami pergi ke makmal komputer asasi 2 untuk kelas bahasa inggeris. Untuk kelas matematik, kami membuat latihan tentang Trigonometry. Selepas itu, saya minum pagi di dewan makan. Semasa waktu kelas jati diri, cikgu baharu telah menggantikan kelas cikgu Jamaliah. Kami perlu memperkenalkan diri dan melukis diri sendiri. Kelas kami telah bertukar tukar nama untuk mengelirukan cikgu. Selepas melukis dan menulis sedikit tentang diri sendiri. Kami diminta melipat kertas tersebut menjadi kapal terbang dan mengambil kertas orang lain. Hasil kelas jati diri kami pun dirakam sebagai kenangan yang ingin saya kongsikan di sini.

Journal 25/4/2017

Imej
Journal 25/4/2017 Selasa Hari ini merupakan hari pertama bersekolah selepas kem kepimpinan kokurikulum pusat permatapintar negara 2017 yang diadakan pada 21-23 April. Semua pelajar berehat secukupnya pada hari semalam sebagai cuti am kerana sangat penat selepas kem koko itu. Tidak rasa nak bersekolah lagi. Hari ini mempunyai perhimpunan rasmi kerana Prof Noriah hendak memberitahu sesuatu tentang cimr yang sering dilaporkan ini. Pada petang tadi, Saya dan Hanif pergi ke pusat penyelidikan untuk membuat research tanpa kishen kerana dia tengah sakit. Kami meneruskan hasil research kami. Setelah berusaha bersusah paya, akhirnya kami dapat menjumpa interference dari laser light itu. Selepas itu, kami makan di kanteen kolej pendeta zaba. Pada waktu malam, roll call telah diadakan di depan dewan serba guna. Semua fellows dan warden amat marah kerana disiplin pelajar semakin teruk dan banyak kes kecurian dan kebersihan yang berlaku.

Laporan kem koko

Imej
                                              Laporan Kem Kepimpinan Unit Badan Beruniform                                                            Kolej Permatapintar Negara, UKM              Pada 21 hingga 23 April 2017, semua pelajar Kolej Permatapintar Negara menyertai Kem Kepimpinan Unit Badan Beruniform kecuali 28 orang pelajar yang tidak dibenarkan oleh ibu bapa. Kem koko sekolah kami diadakan di kem Sri Raudah Gombak. Kem ini bertujuan untuk memupuk kepimpinan dalam kalangan pelajar. Terdapat beberapa orang guru yang membimbing murid-murid sepanjang kem tersebut.              Semua peserta kem ini bertolak ke kem sri raudah pada pukul 3 petang...

Journal 18/4/2017

Imej
Journal 18/4/2017 Selasa Hari ini amat penat kerana banyak assignments diberi oleh para cikgu yang membebankan. Banyak benda baharu dipelajari kerana kelas kami telah lambat berbanding dengan kelas lain. Kami belajar chemical equation, coordinates dan nutrition. Saya menghantar esei bahasa Inggeris saya . Pada waktu tengah hari, saya pergi dewan makan untuk makan tengah hari. Ayah saya datang dan membawa makanan kepada saya. Beliau juga membawa barang yang saya minta untuk kem koko hujung minggu ini. Ibu saya telah memasak makanan untuk sayaa. saya amat bersyukur dan gembira. Terima kasih mami.............

Peta minda unsur dalam bahasa melayu

Imej

Latihan 1

Latihan 1 Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa (a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) ikhtisar Khalil menggunakan ikhtisar buku itu sebagai panduan untuknya menyampaikan ceramah dengan berkesan. (ii) ikhtisas (iii) menyekat (vi) menyumbat Ali menyumbat lubang paip yang bocor itu dengan sehelai kain buruk. (iv) tembok (v) tebuk (b) Tulis ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan mengekalkan susunan dan maksud asal ayat-ayat tersebut. Banyak remaja terlalu mengejar kebebasan. Mereka sanggup menjual maruah kepada orang lain. Mereka sebenarnya tahu bahawa perbuatan mereka itu adalah salah. Pihak berkuasa seperti polis dan pengawai pencegah maksiat memberi amaran kepada mereka. Kegiatan mereka itu patut dihentikan segera. Pihak berkuasa akan menga...

Latihan 2

Latihan 2 Soalan 4 - Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa (a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) balai raya Penduduk kampung sedang berkumpul di balai raya itu untuk bergotong royong. (ii) tunjuk ajar Guru itu memberi  tunjuk ajar  cara memotong kayu kepada murid-muridnya. (iii) ambil alih  Kita perlu  ambil alih  projek itu jika masih rugi lagi,”kata Rosli kepada Yong.  (iv) kertas kerja  Kertas kerja  yang telah siap akan dihantar kepada pihak atasan bagi meluluskan projek pembinaan di Sungai Siput itu.  (v) duit kopi  Zali memberi RM50 sebagai  duit kopi  kepada Abu. (vi) temu bual  Kami telah mengadakan  temu bual  dengan seorang pakar motivasi tentang isu membunuh diri. (b) Cerakinkan set...

Journal 17/4/17

Imej
Journal 17/4/17 Isnin Pada pagi ini, saya bangun awal sikit dan bermula untuk menyiapkan diri. Saya memakai baju sekolah saya walaupun tidak suka kerana sangat panas dan tidak selesa dipakai. Selepas itu, saya pergi ke dewan serba guna untuk perhimpunan. Kami perlu menyanyi tiga buah lagu yang dicipta dengan sangat panjang sekali. Saya mempunyai prep selama banyak jam sehingga 11.10 pagi. Pada masa itu, saya ada kelas perdagangan. Saya membuat pembentangan tentang dokumen perniagaan iaitu proses sebelum, semasa dan selepas perniagaan. Seterusya kami membuat kuiz secara tiba tiba. Saya teka semua soalan kerana tidak sempat untuk membaca semua. Saya sangat gembira hari ini kerana membuat minuman yang sihat iaitu bodykey pada hari ini walaupun telah dinasihati lama oleh ibu bapa. di sini saya hendak berkongsi gambar dengan semua.

Journal 16/4/17

Imej
Journal 16/4/17 Ahad Saya sangat letih kerana tidur lambat semalam. Saya amat gembira kerana semalam semasa sesi kokurikulum di Danau Golf Club. Kami berlari sangat jauh dalam hujan. Walaupun basah sangat tetapi sangat gembira. Ryan belanja saya satu aiskrim. Selepas itu, saya amat sejuk kerana basah sangat. Harini saya mencuci baju saya pada petang tadi dan tidur pada seluruh hari tersebut. Pada malam tadi, saya pergi moral slot dan prep seperti biasa. Saya amat bersyukur dan girang mendapat satu selfie dengan Datin Seri Rosmah Mansor pada hari Jumaat lepas. Beliau merupakan seorang yang mesra dan peramah. NI nak berkongsi gambar tersebut.

Journal 15/4/2017

Imej
Journal 15/4/2017 Sabtu Pada pagi ini, saya bangun sangat lewat kerana tidur lewat semalam. Hari ini mempunyai aktiviti kokurikulum. Saya ialah ahli kelab golf. Presiden kelab kami telah bercadang membawa kami pergi khidmat masyarakat pada petang ini. Pada pukul 3 petang, kami pergi ke Danau Golf Club dengan bas ukm bersama dengan ahli bola jaring dan keranjang. Tidak lama kemudian kami tiba di Danau Golf Club. Tugas kami adalah untuk mengutip bola golf, tetapi kami tidak mempunyai kebenaran untuk masuk ke platform dan hanya dibenarkan untuk mengutip sampah. Selepas itu, hujan turun lebat. Kami ingin bermain golf tetapi sudah tunggu lama hujan tidak berhenti. Oleh itu, kami berlari ke tempat untuk bermain golf dalam hujan. Ini amat lawak dan gembira.

Journal 14/4/2017

Imej
Journal 14/4/2017 Jumaat Hari ini amat istimewa kerana kedatangan crown prince Jepun dan Datin seri Rosmah  Mansor. Saya memakai baju sekolah pada hari yang unik ini dan pergi ke auditorium untuk bersiap sedia sebaik-baiknya selepas kelas spiritual circle. Pengawalan secuiriti sangat tegas dan semua orang tidak dibenarkan mengambil gambar crown prince kecuali pegawai media. Pegawai media hanya boleh mengambil gambar di tempat yang tertentu. Saya bersiap sedia di depan booth saya. Pada pukul 11 pagi, semua vip pun tiba, mereka naik ke tingkat atas untuk taklimat ringkas tentang permata oleh Prof Noriah. Selepas itu, saya membentangkan research saya kepada vip. Crown prince tersebut telah bertanya soalan tentang gaining interest in research kepada saya. Saya sangat gembira kerana orang yang selalu saya jumpa dalam surat khabar telah bercakap banyak dengan saya. Namun begitu, saya tidak dapat menangkap gambar dengan beliau kerana pegawai media tidak berada di sekeliling kawasan...

Journal 13/4/2017

Journal 13/2017 Khamis Saya bangun awal pagi dan pergi berkumpul di dewan serba guna sebelum membersihkian diri. Hari ini amat sibuk kerana kena membuat banyak persediaan untuk program esok. Crown prince Jepun akan datang bersama dengan Datin seri Rosmah Mansor untuk melawat Pusat Permata pintar negara. Saya bertanggungjawab dengan bahagian research. Pada pukul 10 pagi, saya dengan kawan kawan yang bertugas lain pergi ke auditorium untuk bersiap sedia dan set up untuk program esok. Saya membawa poster research saya dan tunggu plank board datang bersama dengan cikgu-cikgu. Selepas itu, saya menampal keenam-enam poster itu pada plank board. Seterusnya, kami berlatih dengan pembentangan research kami. Pada petang tadi, kami membuat rehearsal dengan semua bahgian lain. Macam biasa, waktu malam, saya pergi prep dan tidur.

Journal 12/4/2017

Journal 12/4/2017 Rabu Saya bangun pada pukul 7.30 pagi dan terus membersihkan diri secepat mungkin supaya tidak lambat pergi perhimpunan di dewan serba guna. Saya tidak mempunyai kelas inggeris kerana cikgu inggeris di terengganu dan akan balik esok. Kelas matematik juga tidak mempunyai cikgu kerana cikgu mempunyai mesyuarat.  Pada pukul 10 pagi, saya pergi dewan makan untuk minum pagi. Selepas itu, kami pergi kelas sejarah di makmal komputer untuk membuat kuiz sejarah online. Saya dan rakan sekelas saya mempunyai kelas jati diri di perpustakaan kerana cikgu-cikgu sibuk membuat persediaan bagi kedatangan orang Jepun pada hari Jumaat nanti. Pada petang tadi, saya pergi ke pusat penyelidikan institut microengineering dan nanotechnology untuk membuat penyelidikan tentang holograms bersama dengan kishen dan hanif. Puan Aishah yang membawa kami ke sana.  Pada waktu malam, saya rehat dan tidur.

Latihan percubaan SPM 2016 pulau pinang

Latihan percubaan SPM 2016 pulau pinang Soalan 3 (a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.  (i) mewangi Rama - rama hinggap di atas bunga ros yang mewangi di taman itu.  (ii) menyukat  (iii) menjulang  Ali telah menjulang tempat pertama dalam acara lum lari 100 meter. (iv) menyusut  Air itu semakin menyusut kerana pemanasan global. (v) menyelam  Abu pergi ke Pulau Redang untuk menyelam. (vi) menyisih Abu selalu menyisih dari pandangan orang lain. (b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. (i) Beta akan menganugerahi beliau gelaran Datuk kerana sumbangannya yang besar dalam bidang ekonomi. Gelaran Datuk beliau akan beta anugerahkan kerana sumbangannya yang besar dalam bidang ekonomi. (ii) Kawat ...
                                        Journal : Bengkel Kemahiran Belajar Berasaskan KBAT          Pada 6 April 2017, kumpulan kaunseling Pusat Permatapintar telah mengadakan bengkel kemahiran belajar berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi. Cikgu-cikgu yang bertugas telah menjemput penceramah yang amat terkenal dalam bidang ini untuk memberi ceramah kepada kami. Semua pelajar Pusat permatapintar diwajibkan untuk menyertai bengkel ini supaya dapat menguasai teknik belajar yang lebih berkesan. Bengkel ini mengambil masa selama 7 jam, iaitu dari pukul 8 pagi hingga 5 petang dan diadakan di auditorium permata.            Encik Ali Akhbar Bin Abdul Razak ialah penceramah yang berpengalaman. Beliau membawa maklumat dan nota yang sangat bermanfaat kepada kami. Bengkel ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu kemahiran membaca kelajuan ...
to me myself, sometimes can u just shut up and go away. u r not very nice or what just go away and shut up since no one will like it
Journal 5/4/2017 Rabu Hari ini saya mendapat markah subjek sejarah bagi peperiksaan kali ini. Saya mendapat A solid sahaja dan saya haruslah bersyukur dan berterima kasih kepada cikgu Sejarah saya. Topik yang masuk dalam peperiksaan kali ini adalah kesultanan melayu melaka. Oleh itu, saya ingin berkongsi serba sedikit tentang kesultanan melayu melakaπŸ€”πŸ˜‰ Kesultanan melayu melaka  diasaskan oleh seorang putera da ri  Palembang  iaitu  Parameswara  di antara tahun  1400  hingga tahun  1403 . Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan  Islam . Hal ini berubah pada tahun  1409 . apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari  Pasa i . Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh  Sultan Muzaffar Syah . Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah  Portugis  pimpinan  Alfonso de Albuquerque  pada 1511.  ...
Imej
2&3/4/2017 Sabtu dan Ahad Hujung minggu ini adalah salah satu yang paling letih dan sakit penat. Baru tamat hari sukan tahunan yang amat memenatkan. Saya bangun sangat lambat dan tidur banyak pads dua hari ini kerana terlalau penat. Banyak orang keluar tapi saya tinggal di dalam asrama sahaja kerana tidak mampu ingin pun jalan jauh. Oleh sebab bersukan yang melampau, otot saya sangat sakit dan kaki dan tangan kejang mampus. 😱😒Badan saya sangat sakit kerana terlampau bersukan dalam masa yang pendek. Oleh sebab itu, saya berehat dan baring di atas katil sepanjang masa. Saya tidak pernah turun asrama dalam tempoh dua hari ini. Rakan sebilik saya telah membungkus makanan untuk saya dari dewan makan. Saya tidak membuat apa-apa dan hanya tidur serta berehat secukupnya. πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻
3/4/2017o9 -Isnin- Harini merupakan hari pertama bersekolah selepas hari sukan yang dilakukan selama seminggu sebelumnya yang amat meletihkan orang. Saya tidak tidur mencukupi kerana membuat persediaan bagi pemilihan kumpulan masuk itex 2017 yang diadakan di sekolah. Saya dengan nat bekerjasama lagi untuk menjayakan projek penyelidikan kami. Ini merupakan kali kedua kami berdua membuat penyelidikan lagi. Kami telah membuat satu penyelidikan yang Amat berjaya pada tabun lepas. Penyilidikan kami adalah berbincang tentang masalah pemanasan dan pencemaran global yang sangat serious ini. Penyelidikan lama kami adalah tentang  Guna semula kapsul vitamin, mineral dan pil diet yang sudah melebihi tarikh luput sebagai baja organik. ini merupakan projek yang Amat berjaya dan mendapat banyak anugerah yang besar seperti pingat emas dan anugerah penciptaan terbaik dalam itex 2016, pingat emas Salam iFSC, pingat perak dalam MAGIS dan pingat emas dalam MTE 2017. Untuk tahun ini, kami mengeluark...
Imej
Journal 29&30/3/2017 Rabu dan khamis Hari sukan tahunan pusat permatapintar negara berlangsung berturut turun pada29 dan 30 mac 2017. Hari sukan diadakan di kompleks sukan pusat PERMATApintar negara pada waktu pagi sehingga malam. Dua hari ini berlangsung dengan aktiviti dan persaingan yang penuh. Semua orang yang terlibat telah bertungkus-lumus membuat persediaan bagi hari sukan supaya dapat merangkumi kemenangan yang akhir itu. Saya merupakan salah seorang ahli rumah sukan emerald, biasa dikenali dengan nama rumah sukan hijau. Ketua dan timbalan kerja rumah sukan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan hari sukan ini. Menteri pelancongan iaitu tan sri Nasri juga dijemput untuk menyertai dan merasmikan hari sukan tahunan kami pada waktu malam khamis. Kepten dan orang bertugas telah melatihkan perbarisan, formasi dan gimik untuk rumah sukan emerald pada nanti. Saya menjadi patung maskot emerald iaitu toph. Tahun ini tema hari sukan ditetapkan oleh exco sukan iaitu ava...
Journal 4/4/17 -Selasa- S aya mempunyai sebakul baju yang baru dicuci dan tidak dijemur lagi sejak semalam. Saya ingin balik ke asrama untuk menjemur baju di bilik supaya baju tidak menjadi busuk. Hari ini saya mendapat markah subjek matematik yang amat teruk. Oleh itu, saya hendak berkongsi sikit tentang ciri-ciri pelajar cemerlang. Ciri utama yang perlu ada dalam diri seorang pelajar cemerlang ialah  mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul . Seorang pelajar yang mempunyai peribadi yang unggul akan sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kiralah ketika bersama keluarga, guru mahupun rakan-rakan.Sebagai contoh, pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati dan menyayangi guru mereka. Mereka juga sentiasa berlapang dada untuk membantu rakan-rakan dalam pelajaran. Sifat sombong dan angkuh tidak pernah wujud dalam kamus hidup seorang pelajar yang cemerlang. Mereka sentiasa mengamalkan sikap bermurah hati dan tidak pilih kasih dalam pergaulan dengan membeza-bezakan ba...

JOURNAL (2/2/2017)

JOURNAL (2/2/2017)    Hari ini merupakan hari kedua kami ada kelas selepas cuti Tahun Baru Cina. Saya bangun pada pukul 7:30 pagi dan terus ke bilik air untuk membersihkan diri. Saya bangun lambat hari ini kerana tidur lambat semalam dan tidak sempat bersarapan.  Selepas itu, saya pergi ke dewan serbaguna harian. Perhimpunan tersebut tamat pada jam 8:00 pagi.    Kemudian saya bersama rakan sekelas bergerak ke kelas pertama iaitu prep. Saya bersama rakan sekelas ke kelas prep sementara menunggu budak muslim habis PAI. Kemudian saya ke kelas Bahasa Melayu bersama Cikgu Mior. Pada pukul 9:20 pagi kami ke kelas Sejarah. Pada pukul 10:00 pagi saya ke dewan makan untuk menikmati hidangan minum pagi yang disediakan. Pada pukul 10:30 pagi saya bergerak ke kelas Bahasa Inggeris sampai pukul 11:10. Kemudian saya bergerak ke stadium untuk kelas PJK. Selepas itu, saya bersama rakan bukan muslim telah ke Moral.    Selepas makan tengah hari di dewan makan, sa...