Latihan 2

Latihan 2
Soalan 4 - Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

(a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) balai raya
Penduduk kampung sedang berkumpul di balai raya itu untuk bergotong royong.
(ii) tunjuk ajar
Guru itu memberi tunjuk ajar cara memotong kayu kepada murid-muridnya.
(iii) ambil alih 
Kita perlu ambil alih projek itu jika masih rugi lagi,”kata Rosli kepada Yong. 
(iv) kertas kerja 
Kertas kerja yang telah siap akan dihantar kepada pihak atasan bagi meluluskan projek pembinaan di Sungai Siput itu. 
(v) duit kopi 
Zali memberi RM50 sebagai duit kopi kepada Abu.
(vi) temu bual 
Kami telah mengadakan temu bual dengan seorang pakar motivasi tentang isu membunuh diri.

(b) Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.
(i) Adakah Puan Hairun hendak bercuti ke Sabah atau Sarawak?
Adakah Puan Hairun hendak bercuti ke Sabah?
Adakah Puan Hairun hendak bercuti ke Sarawak?
(ii) Adik Amalina telah memenangi Anugerah Pelajar Cemerlang dan Anugerah Pelajar Contoh di sekolahnya.
Adik Amalina telah memenangi Anugerah Pelajar Cemerlang di sekolahnya.
Adik Amalina telah memenangi Anugerah Pelajar Contoh di sekolahnya.
(iii) Pengguna yang bijak tidak berbelanja mengikut hawa nafsu.

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Sikap anak lelaki Puan Salmah yang celupor telah mencemari nama baik keluarga dia.
(ii) Agen insurans itu telah memujuk pelangganya dengan penawaran pelan yang menarik.
(iii) Kontigen olahraga negara akan berlepas ke Singapura bagi menyertai Sukan SEA.

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pramugeri itu melayan para penumpang dengan sangat mesra.
(ii) Para peserta diminta bersedia untuk mendengar keputusan yang akan diumumkan sebentar lagi.
(iii) Pengemas di rumah Tan Sri itu tidak sedar semasa rumah tersebut dimasuki pencuri.

(e) Berikan tiga peribahasa yang bersesuaian dengan peribahasa di bawah.
(i) Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga.
air dicencang tidak akan putus
(ii) Bagai api dalam sekam
bagai gunting dalam lipatan
(iii) Lain padang lain belalang
lain dulang lain kakinya


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini