Journal 12/4/2017
Journal 12/4/2017
Rabu
Saya bangun pada pukul 7.30 pagi dan terus membersihkan diri secepat mungkin supaya tidak lambat pergi perhimpunan di dewan serba guna. Saya tidak mempunyai kelas inggeris kerana cikgu inggeris di terengganu dan akan balik esok. Kelas matematik juga tidak mempunyai cikgu kerana cikgu mempunyai mesyuarat.
Pada pukul 10 pagi, saya pergi dewan makan untuk minum pagi. Selepas itu, kami pergi kelas sejarah di makmal komputer untuk membuat kuiz sejarah online. Saya dan rakan sekelas saya mempunyai kelas jati diri di perpustakaan kerana cikgu-cikgu sibuk membuat persediaan bagi kedatangan orang Jepun pada hari Jumaat nanti.
Pada petang tadi, saya pergi ke pusat penyelidikan institut microengineering dan nanotechnology untuk membuat penyelidikan tentang holograms bersama dengan kishen dan hanif. Puan Aishah yang membawa kami ke sana.
Pada waktu malam, saya rehat dan tidur.
Ulasan
Catat Ulasan