Journal 5/4/2017
Rabu
Hari ini saya mendapat markah subjek sejarah bagi peperiksaan kali ini. Saya mendapat A solid sahaja dan saya haruslah bersyukur dan berterima kasih kepada cikgu Sejarah saya. Topik yang masuk dalam peperiksaan kali ini adalah kesultanan melayu melaka. Oleh itu, saya ingin berkongsi serba sedikit tentang kesultanan melayu melaka🤔😉
Kesultanan melayu melaka diasaskan oleh seorang putera dari Palembang iaitu Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409.apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu MelakaPada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.
Pada petang tadi, kami mempunyai perjumpaan persatuan bulan sabit merah. Saya di sini ingin juga berkongsi sikit tentang persatuan yang besar ini. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) adalah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963.

Ulasan
Catat Ulasan