Journal 29&30/3/2017
Rabu dan khamis

Hari sukan tahunan pusat permatapintar negara berlangsung berturut turun pada29 dan 30 mac 2017. Hari sukan diadakan di kompleks sukan pusat PERMATApintar negara pada waktu pagi sehingga malam. Dua hari ini berlangsung dengan aktiviti dan persaingan yang penuh. Semua orang yang terlibat telah bertungkus-lumus membuat persediaan bagi hari sukan supaya dapat merangkumi kemenangan yang akhir itu. Saya merupakan salah seorang ahli rumah sukan emerald, biasa dikenali dengan nama rumah sukan hijau. Ketua dan timbalan kerja rumah sukan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan hari sukan ini. Menteri pelancongan iaitu tan sri Nasri juga dijemput untuk menyertai dan merasmikan hari sukan tahunan kami pada waktu malam khamis. Kepten dan orang bertugas telah melatihkan perbarisan, formasi dan gimik untuk rumah sukan emerald pada nanti. Saya menjadi patung maskot emerald iaitu toph. Tahun ini tema hari sukan ditetapkan oleh exco sukan iaitu avatar. Emerald bertema elemen tanah dan batu iaitu earthvander. Banyak orang bertugas untuk membuat kerja penghiasan khemah kami. Kami membuat istana toph dalam cerita avatar sebagai penghiasan dalam khemah. Hari sukan tahu ini amat berbeza berbanding dengan hari sukan tahun lepas kerana kali ini kami bergabung dengan asasi pintar juga salah satu program permata. Emerald asasi sangat kuat dalam sukan dan membantu banyak dalam mengumpul mata bagi rumah sukan masing-masing. Saya bersaing dalam banyak acara balapan iaitu lumba lari 100, 200, 4x100 dan 4x400 lumba lari kategori perempuan bawah 15 tahun. Pada hari rabu, kami membuat persaingan antara peserta setiap rumah sukan dan pertandingan akhir akan berlangsung pads hari khamis. Saya mendapat tempat ketiga dalam acara 200 dan 4x100 meter lumba lari serta juara bagi acara 4x400 meter. Saya satu kumpulan dengan Mel, Dina dan Afiqah dalam acara 4x400. Kami me buat yang terbaik dan mendapat juara. Alhamdullilah. Kami berasa sangat gembira dan bersyukur apabila mendapat pingat dari VIP pada waktu malam khamis. Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang bersungguh-sungguh menjayakan hari sukan tahunan ini.

Berikutlah saat-saat penting dan berharga pada hari sukan tahunan 2017. Rumah sukan emerald me dapat nombor 2 dalam kejohanan sukan tahunan 2017. Tahniah dan teruskan kejayaan!



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini