Journal 26/4/2017

Journal 26/4/2017
Rabu

Pada pagi ini, saya bangun lambat seperti biasa dan membersihkan diri sebelum pergi ke kelas. Pada awal pagi, kami pergi ke makmal komputer asasi 2 untuk kelas bahasa inggeris. Untuk kelas matematik, kami membuat latihan tentang Trigonometry. Selepas itu, saya minum pagi di dewan makan.

Semasa waktu kelas jati diri, cikgu baharu telah menggantikan kelas cikgu Jamaliah. Kami perlu memperkenalkan diri dan melukis diri sendiri. Kelas kami telah bertukar tukar nama untuk mengelirukan cikgu. Selepas melukis dan menulis sedikit tentang diri sendiri. Kami diminta melipat kertas tersebut menjadi kapal terbang dan mengambil kertas orang lain. Hasil kelas jati diri kami pun dirakam sebagai kenangan yang ingin saya kongsikan di sini.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini