Latihan percubaan SPM 2016 pulau pinang

Latihan percubaan SPM 2016 pulau pinang
Soalan 3

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
 (i) mewangi
Rama - rama hinggap di atas bunga ros yang mewangi di taman itu.
 (ii) menyukat 

(iii) menjulang 
Ali telah menjulang tempat pertama dalam acara lum lari 100 meter.
(iv) menyusut 
Air itu semakin menyusut kerana pemanasan global.
(v) menyelam 
Abu pergi ke Pulau Redang untuk menyelam.
(vi) menyisih
Abu selalu menyisih dari pandangan orang lain.


(b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Beta akan menganugerahi beliau gelaran Datuk kerana sumbangannya yang besar dalam bidang ekonomi.
Gelaran Datuk beliau akan beta anugerahkan kerana sumbangannya yang besar dalam bidang ekonomi.

(ii) Kawat berduri yang berlingkaran itu memagari kawasan di sekeliling rumahnya.
Kawasan di sekeliling rumahnya dipagari oleh kwat berduri yang berlingkaran itu.

(iii) Pengetua telah melantik Cikgu Shaari sebagai guru disiplin kerana ketegasannya menjalankan tugas.
Cikgu Shaari telah dilantik oleh pengetua sebagai guru disiplion kerana ketegasannya menjalankan tugas.

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Seronding daging yang dikeluarkan oleh Syarikat Deen itu telah dieksport ke negara-negara Timur Tengah dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. 

(ii) Kempen anti rokok yang sudah berlangsung sejak beberapa tahun lalu masih belum dapat menyedarkan rakyat tentang kebahayaan yang berpunca daripada rokok.

(iii) Orang ramai disarankan mengehadkan pengambilan makanan berlemak agar dapat mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Encik Yasir berbesar hati mempamerkan lukisan-lukisannya yang cantik bersempena dengan pameran lukisan yang diadakan di Kuala Lumpur.

(ii) Kompleks beli-belah terkemuka itu akan dibuka semula secara rasmi pada minggu hadapan setelah kerja-kerja pengubahsuaian selesai dilakukan.

(iii) Rakyat di negara ini diseru agar menyemaikan perasaan cinta akan tanah air serta menghayati erti kemerdekaan yang sebenar.

(e) Berikan peribahasa yang sesuai berdasarkan maksud yang berikut.
(i) Nasib yang baik akan menyebabkan seseorang itu selamat atau mendapat rezeki, jika bernasib malang seseorang itu akan menghadapi masalah.

(ii) Jika melakukan sesuatu secara perlahan-lahan, akhirnya bertambah hasilnya.

(iv) Orang yang tidak tahu untuk membaiki sesuatu benda tetapi cuba membaikinya hingga benda itu menjadi rosak.
bagai tikus membaiki labu

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini