Latihan 1
Latihan 1
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
(a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) ikhtisar
Khalil menggunakan ikhtisar buku itu sebagai panduan untuknya menyampaikan ceramah dengan berkesan.
(ii) ikhtisas
(iii) menyekat
(vi) menyumbat
Ali menyumbat lubang paip yang bocor itu dengan sehelai kain buruk.
(iv) tembok
(v) tebuk
(b) Tulis ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan mengekalkan susunan dan maksud asal ayat-ayat tersebut.
Banyak remaja terlalu mengejar kebebasan. Mereka sanggup menjual maruah kepada orang lain. Mereka sebenarnya tahu bahawa perbuatan mereka itu adalah salah. Pihak berkuasa seperti polis dan pengawai pencegah maksiat memberi amaran kepada mereka. Kegiatan mereka itu patut dihentikan segera. Pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas termasuk menangkap mereka. Mereka sanggup menggadaikan maruah kepada orang yang tidak bertanggungjawab. Mengikut undang-undang yang sedia ada, remaja tidak boleh melakukan aktiviti sosial yang negatif. Mereka digalakkan melakukan aktiviti yang sihat.
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Pada abad yang serba maju ini, muncul pelbagai masalah dalam masyarakat dan kadang kala mencapai tahap yang dibimbangkan.
(ii) Antara kebaikan bekerja sendiri adalah kebebasan untuk memilih tempat kerja dan membuat keputusan.
(iii) Zat protien boleh terdapat dari telur, ikan, susu dan daging.
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Setiap pelajar yang mengikuti seminar itu diminta membetulkan struktur ayat yang menyalahi hukum tatabahasa.
(ii) Semua kotak itu sudah dibawa oleh mereka dari dalam van.
(iii) Pihak yang melemparkan ulasan itu sebenarnya mengambil berat atas segala kepincangan yang berlaku.
(e) Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini.
Aku dengan Anzalna bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa di adapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Anzalna telah menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Anzalna sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku sudah tidak mempercayai dirinya lagi.
bagai isi dengan kuku

Casino | Dr.MD
BalasPadamWelcome to 공주 출장안마 the Casino at Dr.MD! 경상남도 출장마사지 Visit our casino for exclusive perks 광주광역 출장마사지 and a chance to play 용인 출장샵 Slots, Blackjack, Roulette and Video Poker! 과천 출장안마 Las Vegas; NV Casino