Laporan kem koko

                                              Laporan Kem Kepimpinan Unit Badan Beruniform
                                                           Kolej Permatapintar Negara, UKM

             Pada 21 hingga 23 April 2017, semua pelajar Kolej Permatapintar Negara menyertai Kem Kepimpinan Unit Badan Beruniform kecuali 28 orang pelajar yang tidak dibenarkan oleh ibu bapa. Kem koko sekolah kami diadakan di kem Sri Raudah Gombak. Kem ini bertujuan untuk memupuk kepimpinan dalam kalangan pelajar. Terdapat beberapa orang guru yang membimbing murid-murid sepanjang kem tersebut.

             Semua peserta kem ini bertolak ke kem sri raudah pada pukul 3 petang dengan 9 buah bas. Kami tiba di sana selepas sejam dan terus berkumpul di dataran. Seterusnya kami dibahagikan kepada bilik tidur masing-masing. Kami membuat aktiviti dalam kumpulan pada waktu malam dan diminta untuk tidur awal kerana perlu bangun pada 5.30 awal pagi.

             Makanan di situ dikira sedap walaupun bilik tidurnya teruk. Kami tidak dapat mandi disebabkan sumber air di tandas sering diputuskan. Kami selalu didenda ketuk tambi dan push up selepas setiap aktiviti yang dilakukan kerana apa yang kami buat tidak sebaik seperti yang disuruh. Faci yang lucu banyak membuat lawak dan amat mengembirakan kami.

            Dr Rorlinda dan Puan Afifah datang ke kem sri raudah pada waktu petang dan seterusnya merasmikan kem ini. Pada pagi pertama dan kedua, kami membuat senamrobik di dataran dengan beberapa lagu popular. Kami dapat pergi jungle trekking yang amat menarik kerana dapat bermandi-manda di dalam sungai. Selepas itu, kami ada sesi survival cook iaitu memasak dengan guna benda alam seperti lemang dan telur dimasak dalam tanah. Walaupun makanan yang dimasak lagi mentah, tetapi hiasan kami amat menarik.
         
             Pada malam itu, kami ada night walk yang difikirkan sangat menakuti. Sebenarnya, ia hanyalah satu aktiviti yang berjalan-jalan sahaja tanpa apa-apa batasan lain. Kami terus berkumpul selepas itu dan tidur. Pada keesokan harinya, kami mengemas barang-barang dan bersiap sedia untuk balik ke sekolah. Sebelum itu, kami telah membuat aktiviti memperkenalkan kumpulan sendiri. Kami bersalam dengan kakak kakak facilitator sebelum pulang.

             Kem ini amat berfaedah kepada semua pesertanya. Banyak aktiviti yang menarik telah diadakan dan perkara yang lucu berlaku. Pengalaman ini akan menjadi kenangan yang baik untuk masa hadapan. Saya berharap kem sebegini dapat diadakan lagi pada masa yang akan datang.

Dilaporkan oleh,                                                                                                              23 APRIL 2017
Catherine
____________________
(LOO QIAO NING)
Setiausaha, Persatuan Bulan Sabit Merah,
Kolej Permatapintar Negara,
Universiti Kebangsaan Malaysia.




           

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini