Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Rangka wawancara

Rangka wawancara Bincangkan peranan Pusat PERMATApintar Negara dalam pembangunan pendidikan negara. Kpp sebagai tempat membina budak yang pintar dari segi intelektual dan fikiran yang lebih mantap program ini disokong oleh kerajaan kerana pendidikan yang tinggi bagai ini amat penting -demi masa depan negara 1. tujuan pembinaan program khas untuk pelajar pintar - Menyediakan pengalaman awal bagi pelajar pintar cerdas untuk belajar di institusi pengajian tinggi sekali gus mendapat bimbingan mentor dari kalangan ahli akdemik. 2. sumbangan kpp dalam pembangunan pendidikan negara -telah bermula program khas yang pertama -banyak cara pengajaran baharu telah diguna -banyak contoh memupuk pelajar cemerlang diterima oleh kementrian pendidikan Malaysia 3. 
Isi isi surat rasmi -gangguan isu monyet di asrama perempuan -keselamatan -kebersihan -isu kecurian -ketidak tenangan mental -gangguan kehidupan asrama perempuan -memusnahkan tumbuh-tumbuhan sekeliling asrama

Journal 26/4/2017

Journal 26/4/2017 Rabu Pada pagi ini, saya bangun lambat seperti biasa dan membersihkan diri sebelum pergi ke kelas. Pada awal pagi, kami pergi ke makmal komputer asasi 2 untuk kelas bahasa inggeris. Untuk kelas matematik, kami membuat latihan tentang Trigonometry. Selepas itu, saya minum pagi di dewan makan. Semasa waktu kelas jati diri, cikgu baharu telah menggantikan kelas cikgu Jamaliah. Kami perlu memperkenalkan diri dan melukis diri sendiri. Kelas kami telah bertukar tukar nama untuk mengelirukan cikgu. Selepas melukis dan menulis sedikit tentang diri sendiri. Kami diminta melipat kertas tersebut menjadi kapal terbang dan mengambil kertas orang lain. Hasil kelas jati diri kami pun dirakam sebagai kenangan yang ingin saya kongsikan di sini.

Journal 25/4/2017

Imej
Journal 25/4/2017 Selasa Hari ini merupakan hari pertama bersekolah selepas kem kepimpinan kokurikulum pusat permatapintar negara 2017 yang diadakan pada 21-23 April. Semua pelajar berehat secukupnya pada hari semalam sebagai cuti am kerana sangat penat selepas kem koko itu. Tidak rasa nak bersekolah lagi. Hari ini mempunyai perhimpunan rasmi kerana Prof Noriah hendak memberitahu sesuatu tentang cimr yang sering dilaporkan ini. Pada petang tadi, Saya dan Hanif pergi ke pusat penyelidikan untuk membuat research tanpa kishen kerana dia tengah sakit. Kami meneruskan hasil research kami. Setelah berusaha bersusah paya, akhirnya kami dapat menjumpa interference dari laser light itu. Selepas itu, kami makan di kanteen kolej pendeta zaba. Pada waktu malam, roll call telah diadakan di depan dewan serba guna. Semua fellows dan warden amat marah kerana disiplin pelajar semakin teruk dan banyak kes kecurian dan kebersihan yang berlaku.

Laporan kem koko

Imej
                                              Laporan Kem Kepimpinan Unit Badan Beruniform                                                            Kolej Permatapintar Negara, UKM              Pada 21 hingga 23 April 2017, semua pelajar Kolej Permatapintar Negara menyertai Kem Kepimpinan Unit Badan Beruniform kecuali 28 orang pelajar yang tidak dibenarkan oleh ibu bapa. Kem koko sekolah kami diadakan di kem Sri Raudah Gombak. Kem ini bertujuan untuk memupuk kepimpinan dalam kalangan pelajar. Terdapat beberapa orang guru yang membimbing murid-murid sepanjang kem tersebut.              Semua peserta kem ini bertolak ke kem sri raudah pada pukul 3 petang...

Journal 18/4/2017

Imej
Journal 18/4/2017 Selasa Hari ini amat penat kerana banyak assignments diberi oleh para cikgu yang membebankan. Banyak benda baharu dipelajari kerana kelas kami telah lambat berbanding dengan kelas lain. Kami belajar chemical equation, coordinates dan nutrition. Saya menghantar esei bahasa Inggeris saya . Pada waktu tengah hari, saya pergi dewan makan untuk makan tengah hari. Ayah saya datang dan membawa makanan kepada saya. Beliau juga membawa barang yang saya minta untuk kem koko hujung minggu ini. Ibu saya telah memasak makanan untuk sayaa. saya amat bersyukur dan gembira. Terima kasih mami.............

Peta minda unsur dalam bahasa melayu

Imej

Latihan 1

Latihan 1 Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa (a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) ikhtisar Khalil menggunakan ikhtisar buku itu sebagai panduan untuknya menyampaikan ceramah dengan berkesan. (ii) ikhtisas (iii) menyekat (vi) menyumbat Ali menyumbat lubang paip yang bocor itu dengan sehelai kain buruk. (iv) tembok (v) tebuk (b) Tulis ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan mengekalkan susunan dan maksud asal ayat-ayat tersebut. Banyak remaja terlalu mengejar kebebasan. Mereka sanggup menjual maruah kepada orang lain. Mereka sebenarnya tahu bahawa perbuatan mereka itu adalah salah. Pihak berkuasa seperti polis dan pengawai pencegah maksiat memberi amaran kepada mereka. Kegiatan mereka itu patut dihentikan segera. Pihak berkuasa akan menga...

Latihan 2

Latihan 2 Soalan 4 - Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa (a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) balai raya Penduduk kampung sedang berkumpul di balai raya itu untuk bergotong royong. (ii) tunjuk ajar Guru itu memberi  tunjuk ajar  cara memotong kayu kepada murid-muridnya. (iii) ambil alih  Kita perlu  ambil alih  projek itu jika masih rugi lagi,”kata Rosli kepada Yong.  (iv) kertas kerja  Kertas kerja  yang telah siap akan dihantar kepada pihak atasan bagi meluluskan projek pembinaan di Sungai Siput itu.  (v) duit kopi  Zali memberi RM50 sebagai  duit kopi  kepada Abu. (vi) temu bual  Kami telah mengadakan  temu bual  dengan seorang pakar motivasi tentang isu membunuh diri. (b) Cerakinkan set...

Journal 17/4/17

Imej
Journal 17/4/17 Isnin Pada pagi ini, saya bangun awal sikit dan bermula untuk menyiapkan diri. Saya memakai baju sekolah saya walaupun tidak suka kerana sangat panas dan tidak selesa dipakai. Selepas itu, saya pergi ke dewan serba guna untuk perhimpunan. Kami perlu menyanyi tiga buah lagu yang dicipta dengan sangat panjang sekali. Saya mempunyai prep selama banyak jam sehingga 11.10 pagi. Pada masa itu, saya ada kelas perdagangan. Saya membuat pembentangan tentang dokumen perniagaan iaitu proses sebelum, semasa dan selepas perniagaan. Seterusya kami membuat kuiz secara tiba tiba. Saya teka semua soalan kerana tidak sempat untuk membaca semua. Saya sangat gembira hari ini kerana membuat minuman yang sihat iaitu bodykey pada hari ini walaupun telah dinasihati lama oleh ibu bapa. di sini saya hendak berkongsi gambar dengan semua.

Journal 16/4/17

Imej
Journal 16/4/17 Ahad Saya sangat letih kerana tidur lambat semalam. Saya amat gembira kerana semalam semasa sesi kokurikulum di Danau Golf Club. Kami berlari sangat jauh dalam hujan. Walaupun basah sangat tetapi sangat gembira. Ryan belanja saya satu aiskrim. Selepas itu, saya amat sejuk kerana basah sangat. Harini saya mencuci baju saya pada petang tadi dan tidur pada seluruh hari tersebut. Pada malam tadi, saya pergi moral slot dan prep seperti biasa. Saya amat bersyukur dan girang mendapat satu selfie dengan Datin Seri Rosmah Mansor pada hari Jumaat lepas. Beliau merupakan seorang yang mesra dan peramah. NI nak berkongsi gambar tersebut.

Journal 15/4/2017

Imej
Journal 15/4/2017 Sabtu Pada pagi ini, saya bangun sangat lewat kerana tidur lewat semalam. Hari ini mempunyai aktiviti kokurikulum. Saya ialah ahli kelab golf. Presiden kelab kami telah bercadang membawa kami pergi khidmat masyarakat pada petang ini. Pada pukul 3 petang, kami pergi ke Danau Golf Club dengan bas ukm bersama dengan ahli bola jaring dan keranjang. Tidak lama kemudian kami tiba di Danau Golf Club. Tugas kami adalah untuk mengutip bola golf, tetapi kami tidak mempunyai kebenaran untuk masuk ke platform dan hanya dibenarkan untuk mengutip sampah. Selepas itu, hujan turun lebat. Kami ingin bermain golf tetapi sudah tunggu lama hujan tidak berhenti. Oleh itu, kami berlari ke tempat untuk bermain golf dalam hujan. Ini amat lawak dan gembira.

Journal 14/4/2017

Imej
Journal 14/4/2017 Jumaat Hari ini amat istimewa kerana kedatangan crown prince Jepun dan Datin seri Rosmah  Mansor. Saya memakai baju sekolah pada hari yang unik ini dan pergi ke auditorium untuk bersiap sedia sebaik-baiknya selepas kelas spiritual circle. Pengawalan secuiriti sangat tegas dan semua orang tidak dibenarkan mengambil gambar crown prince kecuali pegawai media. Pegawai media hanya boleh mengambil gambar di tempat yang tertentu. Saya bersiap sedia di depan booth saya. Pada pukul 11 pagi, semua vip pun tiba, mereka naik ke tingkat atas untuk taklimat ringkas tentang permata oleh Prof Noriah. Selepas itu, saya membentangkan research saya kepada vip. Crown prince tersebut telah bertanya soalan tentang gaining interest in research kepada saya. Saya sangat gembira kerana orang yang selalu saya jumpa dalam surat khabar telah bercakap banyak dengan saya. Namun begitu, saya tidak dapat menangkap gambar dengan beliau kerana pegawai media tidak berada di sekeliling kawasan...

Journal 13/4/2017

Journal 13/2017 Khamis Saya bangun awal pagi dan pergi berkumpul di dewan serba guna sebelum membersihkian diri. Hari ini amat sibuk kerana kena membuat banyak persediaan untuk program esok. Crown prince Jepun akan datang bersama dengan Datin seri Rosmah Mansor untuk melawat Pusat Permata pintar negara. Saya bertanggungjawab dengan bahagian research. Pada pukul 10 pagi, saya dengan kawan kawan yang bertugas lain pergi ke auditorium untuk bersiap sedia dan set up untuk program esok. Saya membawa poster research saya dan tunggu plank board datang bersama dengan cikgu-cikgu. Selepas itu, saya menampal keenam-enam poster itu pada plank board. Seterusnya, kami berlatih dengan pembentangan research kami. Pada petang tadi, kami membuat rehearsal dengan semua bahgian lain. Macam biasa, waktu malam, saya pergi prep dan tidur.

Journal 12/4/2017

Journal 12/4/2017 Rabu Saya bangun pada pukul 7.30 pagi dan terus membersihkan diri secepat mungkin supaya tidak lambat pergi perhimpunan di dewan serba guna. Saya tidak mempunyai kelas inggeris kerana cikgu inggeris di terengganu dan akan balik esok. Kelas matematik juga tidak mempunyai cikgu kerana cikgu mempunyai mesyuarat.  Pada pukul 10 pagi, saya pergi dewan makan untuk minum pagi. Selepas itu, kami pergi kelas sejarah di makmal komputer untuk membuat kuiz sejarah online. Saya dan rakan sekelas saya mempunyai kelas jati diri di perpustakaan kerana cikgu-cikgu sibuk membuat persediaan bagi kedatangan orang Jepun pada hari Jumaat nanti. Pada petang tadi, saya pergi ke pusat penyelidikan institut microengineering dan nanotechnology untuk membuat penyelidikan tentang holograms bersama dengan kishen dan hanif. Puan Aishah yang membawa kami ke sana.  Pada waktu malam, saya rehat dan tidur.

Latihan percubaan SPM 2016 pulau pinang

Latihan percubaan SPM 2016 pulau pinang Soalan 3 (a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.  (i) mewangi Rama - rama hinggap di atas bunga ros yang mewangi di taman itu.  (ii) menyukat  (iii) menjulang  Ali telah menjulang tempat pertama dalam acara lum lari 100 meter. (iv) menyusut  Air itu semakin menyusut kerana pemanasan global. (v) menyelam  Abu pergi ke Pulau Redang untuk menyelam. (vi) menyisih Abu selalu menyisih dari pandangan orang lain. (b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. (i) Beta akan menganugerahi beliau gelaran Datuk kerana sumbangannya yang besar dalam bidang ekonomi. Gelaran Datuk beliau akan beta anugerahkan kerana sumbangannya yang besar dalam bidang ekonomi. (ii) Kawat ...
                                        Journal : Bengkel Kemahiran Belajar Berasaskan KBAT          Pada 6 April 2017, kumpulan kaunseling Pusat Permatapintar telah mengadakan bengkel kemahiran belajar berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi. Cikgu-cikgu yang bertugas telah menjemput penceramah yang amat terkenal dalam bidang ini untuk memberi ceramah kepada kami. Semua pelajar Pusat permatapintar diwajibkan untuk menyertai bengkel ini supaya dapat menguasai teknik belajar yang lebih berkesan. Bengkel ini mengambil masa selama 7 jam, iaitu dari pukul 8 pagi hingga 5 petang dan diadakan di auditorium permata.            Encik Ali Akhbar Bin Abdul Razak ialah penceramah yang berpengalaman. Beliau membawa maklumat dan nota yang sangat bermanfaat kepada kami. Bengkel ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu kemahiran membaca kelajuan ...
to me myself, sometimes can u just shut up and go away. u r not very nice or what just go away and shut up since no one will like it
Journal 5/4/2017 Rabu Hari ini saya mendapat markah subjek sejarah bagi peperiksaan kali ini. Saya mendapat A solid sahaja dan saya haruslah bersyukur dan berterima kasih kepada cikgu Sejarah saya. Topik yang masuk dalam peperiksaan kali ini adalah kesultanan melayu melaka. Oleh itu, saya ingin berkongsi serba sedikit tentang kesultanan melayu melakašŸ¤”šŸ˜‰ Kesultanan melayu melaka  diasaskan oleh seorang putera da ri  Palembang  iaitu  Parameswara  di antara tahun  1400  hingga tahun  1403 . Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan  Islam . Hal ini berubah pada tahun  1409 . apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari  Pasa i . Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh  Sultan Muzaffar Syah . Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah  Portugis  pimpinan  Alfonso de Albuquerque  pada 1511.  ...
Imej
2&3/4/2017 Sabtu dan Ahad Hujung minggu ini adalah salah satu yang paling letih dan sakit penat. Baru tamat hari sukan tahunan yang amat memenatkan. Saya bangun sangat lambat dan tidur banyak pads dua hari ini kerana terlalau penat. Banyak orang keluar tapi saya tinggal di dalam asrama sahaja kerana tidak mampu ingin pun jalan jauh. Oleh sebab bersukan yang melampau, otot saya sangat sakit dan kaki dan tangan kejang mampus. šŸ˜±šŸ˜¢Badan saya sangat sakit kerana terlampau bersukan dalam masa yang pendek. Oleh sebab itu, saya berehat dan baring di atas katil sepanjang masa. Saya tidak pernah turun asrama dalam tempoh dua hari ini. Rakan sebilik saya telah membungkus makanan untuk saya dari dewan makan. Saya tidak membuat apa-apa dan hanya tidur serta berehat secukupnya. šŸ’ŖšŸ»šŸ’ŖšŸ»šŸ’ŖšŸ»šŸ’ŖšŸ»
3/4/2017o9 -Isnin- Harini merupakan hari pertama bersekolah selepas hari sukan yang dilakukan selama seminggu sebelumnya yang amat meletihkan orang. Saya tidak tidur mencukupi kerana membuat persediaan bagi pemilihan kumpulan masuk itex 2017 yang diadakan di sekolah. Saya dengan nat bekerjasama lagi untuk menjayakan projek penyelidikan kami. Ini merupakan kali kedua kami berdua membuat penyelidikan lagi. Kami telah membuat satu penyelidikan yang Amat berjaya pada tabun lepas. Penyilidikan kami adalah berbincang tentang masalah pemanasan dan pencemaran global yang sangat serious ini. Penyelidikan lama kami adalah tentang  Guna semula kapsul vitamin, mineral dan pil diet yang sudah melebihi tarikh luput sebagai baja organik. ini merupakan projek yang Amat berjaya dan mendapat banyak anugerah yang besar seperti pingat emas dan anugerah penciptaan terbaik dalam itex 2016, pingat emas Salam iFSC, pingat perak dalam MAGIS dan pingat emas dalam MTE 2017. Untuk tahun ini, kami mengeluark...
Imej
Journal 29&30/3/2017 Rabu dan khamis Hari sukan tahunan pusat permatapintar negara berlangsung berturut turun pada29 dan 30 mac 2017. Hari sukan diadakan di kompleks sukan pusat PERMATApintar negara pada waktu pagi sehingga malam. Dua hari ini berlangsung dengan aktiviti dan persaingan yang penuh. Semua orang yang terlibat telah bertungkus-lumus membuat persediaan bagi hari sukan supaya dapat merangkumi kemenangan yang akhir itu. Saya merupakan salah seorang ahli rumah sukan emerald, biasa dikenali dengan nama rumah sukan hijau. Ketua dan timbalan kerja rumah sukan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan hari sukan ini. Menteri pelancongan iaitu tan sri Nasri juga dijemput untuk menyertai dan merasmikan hari sukan tahunan kami pada waktu malam khamis. Kepten dan orang bertugas telah melatihkan perbarisan, formasi dan gimik untuk rumah sukan emerald pada nanti. Saya menjadi patung maskot emerald iaitu toph. Tahun ini tema hari sukan ditetapkan oleh exco sukan iaitu ava...
Journal 4/4/17 -Selasa- S aya mempunyai sebakul baju yang baru dicuci dan tidak dijemur lagi sejak semalam. Saya ingin balik ke asrama untuk menjemur baju di bilik supaya baju tidak menjadi busuk. Hari ini saya mendapat markah subjek matematik yang amat teruk. Oleh itu, saya hendak berkongsi sikit tentang ciri-ciri pelajar cemerlang. Ciri utama yang perlu ada dalam diri seorang pelajar cemerlang ialah  mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul . Seorang pelajar yang mempunyai peribadi yang unggul akan sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kiralah ketika bersama keluarga, guru mahupun rakan-rakan.Sebagai contoh, pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati dan menyayangi guru mereka. Mereka juga sentiasa berlapang dada untuk membantu rakan-rakan dalam pelajaran. Sifat sombong dan angkuh tidak pernah wujud dalam kamus hidup seorang pelajar yang cemerlang. Mereka sentiasa mengamalkan sikap bermurah hati dan tidak pilih kasih dalam pergaulan dengan membeza-bezakan ba...

JOURNAL (2/2/2017)

JOURNAL (2/2/2017)    Hari ini merupakan hari kedua kami ada kelas selepas cuti Tahun Baru Cina. Saya bangun pada pukul 7:30 pagi dan terus ke bilik air untuk membersihkan diri. Saya bangun lambat hari ini kerana tidur lambat semalam dan tidak sempat bersarapan.  Selepas itu, saya pergi ke dewan serbaguna harian. Perhimpunan tersebut tamat pada jam 8:00 pagi.    Kemudian saya bersama rakan sekelas bergerak ke kelas pertama iaitu prep. Saya bersama rakan sekelas ke kelas prep sementara menunggu budak muslim habis PAI. Kemudian saya ke kelas Bahasa Melayu bersama Cikgu Mior. Pada pukul 9:20 pagi kami ke kelas Sejarah. Pada pukul 10:00 pagi saya ke dewan makan untuk menikmati hidangan minum pagi yang disediakan. Pada pukul 10:30 pagi saya bergerak ke kelas Bahasa Inggeris sampai pukul 11:10. Kemudian saya bergerak ke stadium untuk kelas PJK. Selepas itu, saya bersama rakan bukan muslim telah ke Moral.    Selepas makan tengah hari di dewan makan, sa...
Imej
Journal 24/3/2017 Jumaat Hari ini adalah hari kedua terakhir cuti sekolah bulan tiga ini. Saya kena pulang ke sekolah pada lusa iaitu hari ahad yang akan datang ini. Saya berasa amat sedih kerana cuti sekolah hampir habis. Pada waktu petang tadi, ayah saya membawa saya ke klinik pergigian di pusat bandaraya Ipoh. Doktor gigi memeriksa gigi saya dan mencuci gigi yang dengan alat yang tertentu. Semasa mencuci gigi, saya beras perit dan sakit kerana alat itu melukakan mulut saya. Oleh itu, mulut saya banyak berdarah. Gigi saya sentiasa dijaga dengan baik, saya menggosok gigi dan menjaga kebersihan serta kesihatan gigi. Saya berasa sangat bersyukur apabila doktor kata gigi saya sihat dan tidak kotor. Gigi adik saya tidak teratur dan amat serabut. Oleh sebab itu, dia kena memakai pendakap gigi yang sangat mahal itu. Ayah saya mempunyai dua gigi yang rosak. Ayah saya tidak menjaga giginya dengan baik-baik. Pada waktu malam, saya mengikut ibu saya ke pasaraya untuk membeli makanan untuk me...
Imej
Journal 20/3/2017 -Isnin- Ibu dan ayah saya membawa saya pergi ke Zoo Taiping pada tengah hari ini. Kami bertolak dari Ipoh dan tiba di destinasi selepas 45 minits. Sebelum bergerak ke zoo, kami singgah di pasar Taiping untuk membeli kuih-muih yang terkenal. Sepanjang perjalanan, saya ternampak banyak bangunan yang bersejarah lama dengan seni bina barat. Dengan perasaan yang gembira, kami akhirnya tiba di zoo Taiping. Kali ini merupakan kali kedua saya melawat zoo. Kali pertama saya melawat ke zoo adalah semasa saya kecil. Kami masuk zoo selepas membeli tiket. Zoo itu telah lama dibuka dan persekitarannya dinampak sangat lama dan kotor. Saya nampak pelbagai jenis haiwan kecuali harimau. Banyak haiwan tersorok di tempat tidur masing-masing kerana malas untuk melayan pengunjung yang ramai ini. Banyak buaya dipelihara di zoo itu. Saya juga nampak banyak monyet dan orang utan. Orang utan itu sangat malas dan tidak bergerak-gerak walaupun dipanggil oleh orang pelihara itu. Selain itu, sa...

Journal 18/3/2017

Journal 18/3/2017 Sabtu Pada hari sabtu yang merupakan hari pertama cuti sekolah penggal 1 tabun ini, pusat permata pintar negara telah menganjurkan hari anugerah kecemerlangan pelajar tahunan. Saya ialah salah seorang pelajar yang terlibat dalam mendapat anugerah akademik. Ibu bapa dan adik perempuan saya turut datang ke sekolah saya untuk menyertai mesyuarat agong persatuan muafakat dan majlis anugerah pelajar. Selepas mesyuarat agong persatuan muafakat ibu bapa, semua pelajar diminta untuk masuk ke Dewan bagi memulakan majlis anugerah. Alhamdullilah, saya amat bersyukur dan gembira kerana dapat menerima empat anugerah melalui kebolehan diri sendiri. Saya telah berjaya mendapat anugerah subjek terbaik bahasa melayu, biologi dan kimia serta anugerah pengarah dengan cgpa 3.77.  Saya sangat girang apabila mendapat anugerah daripada prof dr Noriah. Banyak gambar diambil sebagai kenangan. Selepas majlis anugerah, saya mengemas barang dan mengangkut ke kereta. Seterusnya, kami b...
Imej
Journal 14-17/3/2017 Tiga hari peperiksaan pertama kali 2017 Peperiksaan ini ialah peperiksaan pertama yang diadakan dalam tahun ini. Ini adalah peperiksaan semester 1 pada tahun ini. Peperiksaan kali ini amat berbeza dengan peperiksaan yang telah diadakan pada tahun lepas. Dalam peperiksaan dahulu, tempoh peperiksaan diadakan akan mencecah dua minggu dan setiap hari hanya mempunyai dua kertas periksa. Sebaliknya untuk kali ini, oleh sebab masa yang diberi suntuk dan kena serentak dengan permata insan, kami terpaksa memendekkan tempoh peperiksaan. Untuk kali ini, kami mengambil peperiksaan selama tiga hari sahaja. Perkara yang menyusahkan kami ialah sehari kena mengambil kertas tiga subjek berturut-turut. Kertas bahasa melayu, fizik dan sejarah diadakan pada hari pertama, mengikut dengan kertas biologi, bahasa inggeris, pendidikan moral, kimia, bahasa perancis, matematik dan falsafah. Ini amat menyusahkan kerana kami tidak dapat berehat dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk meng...
Journal 11/3/2017 -Sabtu- Hari ini saya bangun sangat lambat kerana tidur pada pukul 6 pagi. Hari ini merupakan hari ketiga sebelum tarikh peperiksaan. Saya berasa amat geram dan stress dengan peperiksaan yang menjelang ini. Oleh sebab fikiran yang rumit, saya ingin berehat sekejap untuk mengekalkan ketenangan dan kedamaian fikiran saya. Saya tidak pergi outing sepanjang tahun ini. Minggu depan ialah peperiksaan pertama bagi tahun ini. Saya telah melalui empat kali peperiksaan di sekolah ini pada tahun lepas, saya telah mengetahui semua perkara yang perlu diikuti semasa peperiksaan. Kali ini tarikh peperiksaan ditunda erana kami perlu menjalankan peperiksaan selaras dengan murid permata insan. Selepas peperiksaan seminggu ini, sekolah akan menganjurkan hari anugerah pada hari sabtu sebelum cuti sekolah semester ini. IBu Bapa saya juga berjanji akan datang menyertai hari anugerah saya. Oleh sebab itu, saya berasa sangat gembira. Saya baring di atas katil saya sepanjang hari dengan ...
Imej
Journal 10/3/2017 -Jumaat- Pada pagi ini, saya bangun awal untuk menyediakan diri menyertai satu ceramah daripada CEO Maybank. Tajuk ceramah beliau ialah Be a Global Leader. Saya dan rakan sebilik saya pergi ke auditorium pada pukul 8 pagi. Kami menuggu sekejap di luar auditorium kerana pintu besar belum dibuka dan pelajar belum dibenarkan masuk. Saya masuk dan mencari satu tempat untuk duduk. Selepas itu, saya membaca nota sejarah sementara menunggu kedatangan puan Nora iaitu CEO Maybank. Selepas satu jam, akhirnya kami menyambut ketibaan VIP dan menyanyi lagu negaraku dan varsiti kita. Seterusnya, timbalan chancellor perindustrian dan komunikasi, Prof. Dato Dr Imran Ho Abdullah memberi ucapan perasmian dan serba sikit maklumat tentang penceramah nanti. Kemudian, Puan Nora memulakan ceramah beliau dengan bertanya kami beberapa soalan. Yang dapat menjawab akan mendapat peluang pergi berlatih di pejabat Maybank ataupun satu kupon Starbucks. Banyak orang aktif dalam menjawab soala...
Journal 9/3/2017 -Khamis- Hari ini adalah hari keempat sehingga peperiksaan. Saya amat geram dengan tarikh peperiksaan yang sangat dekat. Saya takut peperiksaan kerana tidak membuat persediaan yang sepenuhnya. Pada awal pagi ini, saya berasa sangat gembira kerana tidak ada perhimpunan pada pagi ini. Oleh itu, saya bangun lambat daripada biasa dan terus pergi kelas pada pukul 8 pagi. Saya tak ada kelas pada pukul 8 pagi kerana rakan sekelas saya yang lain mempunyai kelas pendidikan agama islam. Oleh itu, saya menggunakan masa yang terluang ini untuk mencetakkan kerja sekolah saya dari komputer di makmal komputer. Saya berasa sangat gembira kerana dapat menyiapkan semua kerja sekolah selepas cetakan. Saya menghantarkan kerja sekolah perkembangan diri kepada cikgu dan perdagangan kepada cikgu hafizah. kami pergi kelas bahasa melayu di makmal bahasa tetapi cikgu tidak ada di situ. Kami pun berborak-borak dan membuat kerja di luar makmal bahasa. Selepas itu, kami pergi kelas falsafah...
Imej
8/3/2017 -Rabu- Pada awal pagi ini, saya bangun lambat dan tidak makan sarapan. Pagi ini hujan turun juga, saya pergi ke perhimpunan di dewan serba guna. Saya berasa sangat sedih, mengantuk dan sangat letih kerana tidur sangat lambat semalam. Selepas perhimpunan saya pergi ke kelas di blok pembelajaran. Kelas pertama adalah kelas bahasa Inggeris. Kelas ini diadakan di makmal komputer blok makmal. Cikgu masuk lambat, oleh itu saya membuat kerja sekolah saya yang lain dulu sementara menunggu madam d datang. Madam d datang dan memeriksa karangan inggeris pelajar yang belum hantar lagi. Banyak karangan rakan saya mempunyai banyak kesalahan tatabahasa seperti kesalahan ejaan atau pengimbuhan. Selepas itu, kami masuk kelas maths. Cikgu menyediakan latihan polygons dan angles tetapi latihan itu kami pernah buat tahun lepas. Oleh itu, Cikgu bagi kami solan Iq. Contohnya, Nama ibu Mrs.sixteen, nama anak sulung fifteen, nama anak bongsu fourteen. Siapakah nama ayah kelearga tersebut? Nam...
Journal 7/3/2017 -Selasa- Saya bangun tepat pada pukul 7.30 pagi. Bagi orang lain, masa ini adalah amat lambat tetapi unutuk saya inilah masa yang sangat awal kerana merasa sangat mengantuk. Hujan turun lebat ketika itu, ramai orang tunggu di kawasan berbumbung di asrama kerana hujan lebat yang berterusan menyebabkan kesusahan untuk berjalan ke dewan serba guna untuk perhimpunan harian. Saya amat risau saya akan menjadi basah sangat jika saya berjalan di dalam hujan. Oleh itu, saya meminjam panyung rakan sebilik saya dan berlari ke dewan serba guna dengan payung tersebut. Hujan turun berturut-turut pada hari itu, saya berasa sangat sejuk berada di dalam kelas. Kami mengenai banyak kerja sekolah yang diberi oleh cikgu. Setiap kali ebelum peperiksaan di sini, mestilah bilangan kerja sekolah bertambah banyak. Oleh itu, kami selalu tidak dapat mengulang kaji pelajaran dengan sepenuhnya dan masa untuk tidur pada waktu malam semakin memperuntukkan. Oleh itu, kami selalu mengantuk di dalam...
Journal 6/3/2017 -Isnin- Pada awal pagi ini, saya bangun pada pukul 7.37 unutk bersiap sedia hnedak pergi perhimpunan Isnin di sewan serba guna. Saya pun menyertai perhimpunan dan mendengar ucapan orang di atas pentas, saya berasa sangat letih kerana tidur lambat semalam. Saya tidur pada pukul 4 lebih semalam membuat kerja. Saya sangat mengantuk masa di dalam kelas. Selepas perhimpunan, saya mempunyai dua kelas kosong dan saya pun membuat kerja saya sendiri. Pada waktu tengah hari, saya ada satu perdangangan post test. Oleh itu, saya belajar bab kedua perdangan iaitu unsur perdangangan. Selepas saya belajar, saya berasa kabur dan nagntuk gila. OLeh sebab tidak mempunyai kelas yang kosong tertinggal saya tumbang di kelas research kelas saya untuk membuat kerja sendiri. Selepas penat membuat kerja, saya pun pergi rehat, ada kelas bahasa melayu dan perdangangan selepas waktu rehat. Saya mempunyai kelas perancis pada petang tadi, dr suzi mengajar benda dalam buku itu yang terlibat Lucil...
Journal 5/3/2017 Ahad Tiba-tiba, saya teringat tahun ini adalah 2017, masa berlalu cepat. Saya berada di sekolah ini tahun kedua . Saya telah bersama rakan sekelas saya untuk tahun kedua ini. Hari ini birthday miejah. Kami bercadang hendak prank dia dua kali. Selepas kali itu, kami buat prank di dalam bilik miejah, kami mahu buat sekali lagi. kami sudah berbincang untuk menyimbah air warna atas baju dia. Selepas perjumpaan kelab statesman pada petang tadi, kami mengumpankan miejah ke compound perempuan dan menyimbah air warna di atas badan dia. Dia berasa sangat terkejut dengan perbuatan kami. Saya berasa lapar dan makan tengah hari. Petang itu, saya tidak membuat apa-apa pun kerana malas nak buat kerja. Oleh itu, saya lantar di atas katil dan asyik main fon sahaja.Selepas itu, saya makan malam dan prep di kelas prep saya. Selepas itu, saya balik ke bilik saya dan mendapat tahu kak anis birthday esok kerana kak anis tinggal di bilik sebelah saya. Classmate dia dan batchmate dia tela...
Latihan Ejaan dan imbuhan Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. 1. Pengusaha ternakan ayam diminta tidak menjual ayam ternakan mereka dengan harga tinggi sesuka hati kepada pemborong ayam. 2. Pembinaan jambatan di kampung itu terbengkalai selama berapa bulan kerana masalah bekalan simen.  3. Junainah hanya mendiamkan diri apabila disindir oleh rakan setugasnya kerana dia tidak mahu membesar-besarkan cerita yang dianggap rimih itu. 4. Perompak yang sangat bahaya itu berjaya diberkas berdasarkan bukti yang ditemui oleh pihak polis. 5. Semua pelajar di sekolah itu diwajibkan melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum yang dijalankan. 6. Walaupun telah lama berada di luar negara, sikap Daud yang keanak-anakan masih tidak berubah. 7. Satu laporan lengkap tentang kejadian kemalangan yang ...
Journal 4/3/2017 Sabtu Hari ini saya tengah cuti sakit juga, saya menghidapi selesema yang teruk dan menggunakan banyak tisu di dalam bilik asrama saya. Saya bangun lambat pagi ini dan makan roti yang dibeli di kolej keris mas sebagai sarapan saya. Selepas itu, saya tidur lagi kerana badan tidak sihat. Saya beras sangat malas unutk membaca buku. Oleh sebab saya tidak sihat, rakan sebilik saya membungkuskan makanan dari dewan makan dan membawa ke bilik untuk saya. Makanan tengah hari ini mempunyai ayam, ikan goreng dan tauke. Orang dewan makan bagi saya banyak sambal yang sangat pedas itu. Saya termakan sedikit dan berasa pedas sangat. Selepas makan, saya pun lantar di atas katil saya dan menonton drama dengan telefon bimbit saya. Saya menonton pertandingan program puisi China yang amat mengagumkan. Saya asyik menonton sehingga petang tadi. Saya pun makan malam. Malam nanti, kami nak buat prank dekat miejah yang birthday itu.
LATIHAN PEMENGGALAN AYAT  Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.  Latihan 1:  Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita dan binatang-binatang liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu. Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan. Kepupusan ini berpunca daripada kegiatan manusia seperti berburu sesuka hati dan kegiatan pembangunan. Antara langkah untuk membendung kepupusan hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen kesedaran serta penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.  Latihan 2:  Televisyen merupakan salah satu media sebaran am dan televisyen direka untuk memberikan manfaat kepada manusia dan manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek. Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyara...
Journal 3/3/2017 Pada awal pagi ini, saya lambat pergi perhimpunan kerana bangun lambat. Saya dicatat nama oleh exco sahsiah iaitu, kak omi. Selepas perhimpunan, saya pergi kelas spiritual circle. Semasa kelas spiritual circle, cikgu tayangkan satu video tentang maruah diri dan hormat-menghormati dalam masyarakat sekarang yang sepanjang 16 minit lebih. Selepas itu, kami dikehendaki untuk menulis satu refleksi dan menghantar sebelum kelas tamat. Saya tidak sihat hari ini,. Ustaz Saifun membawa saya dan kak anis pergi ke pusat kesihatan ukm. Kak Anis tidak sihat kerana tekanan darah yang rendah dan stress. Saya demam, batuk, selesema, sakit tekak dan pening kepala. Doktor menasihati saya supaya minum air dan berehat banyak dan memberi saya ubat. Saya berasa tidak selesa duduk membuat kerja, ubat saya menjadikan saya sentiasa mengantuk. Pada petang tadi, saya terpaksa pergi research di Pusat penyelidikan Falkuti Kejuruteraan kerana saya telah miss dua kali . Kali ini saya tidak boleh ta...
Latihan tatabahasa & istillah 1. apakah / pertandingan 2. memperolehi / pendapatan 3. sepadan / daripada 4. atas / menggelapkan 5. menjelajah / dianjurkan oleh 6. beribu-ribu / merebak ke 7. kami pindahkan / sebaik-baik sahaja 8. paling laris / qualiti 9. syarat / menandatangani 10. penerima / dicatat 11. pendapat / hal lain-lain 12. masa / langkah 13. dibaik pulih / perhatian 14. dicatat hitam / bahaya 15. saling memotong / tahap 16. gemar / dibubuhi 17. penjenayah / bahaya 18. berbincang / strategi 19. mereka / oleh 20. menangkap / di 21. dari / biji 22. setiap / dari 23. menenun / taklimat 24. menghadap / berbagai-bagai 25. apabila / mendapat tahu 26. beribu-ribu / terpelihara 27. menjatuhi / atas 28. menghadiahi / telefon bimbit 29. sesetengah / benda 30. pengkaji / merebak 31. dengan ini 32. dari semasa ke seamasa / dijajah 33. diseru / demi 34. berkorban / daripada 35. kebanyakan peserta / di garisan penamat 36. pertandingan / beberapa 37....
Journal 2/3/2017 Hari ini saya bangun lambat dan tidur lambat semalam seperti biasa. Pada petang ini, saya menyertai aktiviti kokurikulum, dalam persatuan bulan sabit merah, saya haruslah berkawad. Petang ini saya jumpa deengan cikgu azrina juga untuk berbincang tentang research saya bagi pertandingan itex dan fll. Oleh itu, saya telah mendapat idea yang baik untuk menyertai pertandingan. Pada malam tadi, kami meraikan hari lahir farah adila di asrama. Kami membuat prank untuk dia. Selamat hari lahir, farah!
Journal 1/3/2017 Saya bangun lambat kerana tidur lambat semalam seperti biasa. Semasa waktu persekolahan, saya menerima banyak kerja rumah. Bagi subjek inggeris, saya harus membuat plot cerita dan menulis satu karangan yang sepanjang 300 patah perkataan, Selain itu, saya mendapat kerja sekolah untuk jati diri. Saya mendapat tajuk budaya cina. Harini kami belajar tentang silang budaya. Oleh itu, saya mendapat banyak kerja sekolah. Tarikh peperiksaan telah ditunda, ini merupakan berita baik yang amat menggembirakan.
Journal 28/2/2017 -Selasa- Pada awal pagi ini, saya bangun lambat untuk persediaan pergi sekolah kerana saya tidur lambat semalam. Hari ini saya berasa sangat takut kerana peperiksaan akan berlangsung pada minggu depan. Tambahan pula, saya sangat malas dan tidak menelaah pelajaran lagi. Apabila kelas pagi ini, saya mengetahui bahawa semua bahan yang saya baca susah untuk difahami. Pada tengah hari, saya sangat letih dan tidur di dalam bilik tetapi dihalau oleh fellow untuk keluar dari asrama pada pukul 1.45 tengah hari. Geramnya, nak tiduršŸ˜­. Asrama lelaki baiknya, tak kunci dan boleh tidur sesuka hati. Saya nak jugakkkkkk. Pada petang tadi, saya ada kelas perancis dengan dr suzi. Dr Suzi memberitahu kami tarikh peperiksaan ditunda, perkara ini amat menggembirakan tetapi harus dipastikan lagi. Saya berharap peperiksaan tunda kerana saya tidak bersedia siap lagi. Pada waktu malam, saya makan malam dan pergi prep seperti biasa. Akhirnya tidur lambat juga.
Jurnal 27/2/2017 -Isnin- Semalam tidur pada pukul 3 lebih. Oleh sebab tidur lambat, saya bangun lambat pada pagi ini. Saya bangun pada pukul 7.48, saya menggunakan cara yang paling cepat untuk bersiap sedia supaya tidak lambat ke perhimpunan. Masa perhimpunan, saya dan nat membuat laporan tentang kedua-dua pertandingan research kami serta menjemput dr rorlinda untuk menyampaikan anugerah kepada kami. Kami mendapat pingat perak dalam MAGIS ( Malaysia Agriculture Invention Show) dan pingat emas dengan anugerah terbaik dalam MTE ( Malaysia Technology Expo). Selepas itu, saya belajar di kelas dan makan tengah hari macam biasa. Pada waktu malam, saya pergi prep dan makan malam seperti biasa. Selamat malam.
LATIHAN PERIBAHASA LATIHAN 1 1.         Tidak tahu menilai barang berharga 2.         Disebabkan seorang berbuat keburukan, nama kumpulan menjadi buruk 3.         mengharapkan sesuatu yang belum pasti. 4.         cuba menegakkan sesuatu yang salah atau tidak benar 5.         dalam keadaan berbahaya. 6.         orang berilmu yang merendah diri tidak akan hilang ilmunya. 7.         mendapat keuntungan yang banyak secara tiba-tiba 8.         mendapat kesusahan kerana tamak akan harta benda. 9.         pergaduhan di antara adik-beradik tidak akan berpanjangan tetapi akan berbaik semula 10.     kasih-sayang yang tidak berkekalan LATIHAN 2...